[238]

ada masanya,
kita mahu terbang tinggi.
kerna mahu melihat alam.
indahnya alam dengan lebih meluas.

sampai masanya,
kita akan terbang tinggi.
kita dapat melihat alam.
indahnya alam dengan lebih meluas.

dan kita bahagia.
bahagia tak terkata.

kita doa.
biar kita terbang tinggi lama lama.

dan kita doa.
bila kita pandang bawah kita tak lupa,
situlah tempat asal kita.


dan kalaupun kita jatuh.
kerana tiba tiba rasa lelah.
kerana tiba tiba angin tak nak kawan dengan kita.
dan dia tiup kita sampai kita jatuh menjunam.

dan kalaupun begitu jadinya.
harap kita tak jatuh tak terbang terbang.
harap kita masih ada dua dua sayap kita.


hope and fear is like a pair of wings, you need both to fly. 
- Imam Maududi

Comments

Popular posts from this blog

[170]

belon terbang