Posts

Showing posts from May, 2017

[289]

Dia memilih untuk sentiasa berada di belakang tabir. Memilih untuk berada di tempat terpaling belakang, terpaling bawah. Memilih untuk mendukung, dan menyokong setiap disekelilingnya. Meminjamkan bahu atau apa sahaja daya termampu. Dia, yang di belakang tabir. mengutip asa sesiapa yang jatuh, meletakkan kembali di tempat sepatutnya. Kerana, cuma dengan itu asa dia terbina. Menjahit sayap-sayap koyak, tanpa sedar jarinya sendiri terluka. Dia, yang di belakang tabir. Mengharapkan atas segala usahanya mendukung, mengutip, dan mencantikkan, sesiapa yang berada di sekelilingnya akhirnya berbahagia. Dia, yang tidak berharap untuk dilihat sesiapa,  mahu sentiasa berada di belakang tabir.

[288]

maafkan aku. kerana menjadi bukan yang terbaik.

[287]

satu minggu, dua bulan, tiga tahun, sepuluh tahun pun, akan balik juga. sini saja yang sanggup tunggu. sini saja yang selamanya rindu.

[286]

bisu sepi. ghaib kosong. seminggu membisu. sebulan sepi. ghaib tak terkesan. laman jadi kosong.

[285]

ke mana hati aku berumah? sini tidak, sana pun tidak. malah, ghaib pula. terbang ke mana? berlari ke mana? atau cuma duduk tegak saja tetap pasak? tapi mana?