[385]
Lautan Seorang Anak Kecil dan Seorang Dewasa Sebanyak mana masa telah berlalu, Tetap ada luka yang tidak akan sembuh. Malam ini, hati ku hiba. Kerana aku masih tidak dapat menyayangi diri ku sepenuhnya. Wajah di dalam cermin itu terlihat sangat asing. Dan seperti selalu, perlahan aku menutup mata. Dan setiap kali malam tiba, aku sepertinya ingin segera bertemu esok. Anak yang selalu mengimpikan mimpi-mimpi, berapa lama telah dia tersakiti? Hanya untuk menjadi diri ku yang kini? Aku menjadi jauh darinya. Dia dan aku tidak mungkin akan bersatu semula. Dan mungkin tiada apa yang boleh pulih semula. Dalam jiwa anak kecil itu dahulu, ada lautan yang tidak pernah kering. Kini hanya menjadi sebuah jejak yang kabur. --- Nafasku terdengar menderu lancar dan angin bertiup di atas kepala ku. Ingin sekali aku menjadi ombak dan berlari ke segenap arah. Dalam k...