Sampailah ke Sabtu malam, benda tu macam burst sendiri tau. Banyak lah darah keluar tapi tak nampak nanah. Ya Allah time ni lagi sekali nak menangis. Sebab, rasa sakit yang sebelum sebelum ni tadi tu, hilang. Bila dia start je burst tu hilang semua sakit tadi tu. Tapi malam nya darah memang tak berhenti lah keluar, memang kejap kejap bangun kejap kejap bangun.
Check klinik esoknya (pagi hari aku tulis ni lah), doktor bersih kan lagi. Tapi kata doktor macam tak habis sebab still ada lagi ketulan. Kali ni doktor ni kata, "saya tak rasa ni cyst sebab ini belah luar je tak ke dalam sangat. Tapi masih macam ada yang tertinggal ni nanah nya". Doktor klinik tu tak berani nak pecah kan habis sebab dia tak ada alatan nya. Dia pun bagilah refer ke hospital shah alam. Kita mampu yang itu, kita pergi lah situ.
Banyak lah dan memang lama prosedur nya. Sampai sana dalam pukul 11 pagi. Jumpa doktor dekat wad kecemasan dulu, pun doktor tu check jugak lagi. Dia pun duk cleankan tekan semahunya tapi tak habis jugak keluar. Sampai sini doktor tu kata macam ada darah beku ni. Sebab dia tekan tak mahu keluar. Aku dalam hati Ya Allah kenapa pulak darah beku. Doktor tanya kut aku ada terlanggar mana-mana ke, sebab nya kesan sebab berdarah tu macam terkoyak. Maksudnya macam dikoyakkan bukan sebab benjolan tu pecah ke apa ke. Sama lah macam doktor kat klinik tadi tu kata. Lepas dah amik darah semua, doktor wad kecemasan ni pun bawa lah refer ke doktor pakar sakit puan pulak.
Dekat sini pukul 2 petang lah baru dapat jumpa doktor pakar tu. Pun kena check lagi. Malu aku memang dah hilang dah time ni fikir nak sihat nak cepat baik saja.
Aku taktahu lah doktor tu buat apa, tapi ya Allah, masa ni, masa ni lagi perit dari yang 3 hari 4 malam tu weh. Memang dia bersihkan, dia picit ke apa ke aku tak boleh fikir dah, dia keluarkan semua. Tak surgery pun. Kat bilik doktor tu je jugak dia buat. Nak meraung tak terkeluar, menitik air mata je mampu. Doktor masukkan gauze dengan bagi ubat apa entah tak ingat aku. Dia suruh tunggu 2 jam nak tengok darah keluar lagi ke tidak.
Lepas 2 jam jumpa balik, doktor bawa keluar gauze tu (time ni pun sakitnya ya Allah...), nampak lah memang banyak darah. Proses yang awal tadi dari doktor start picit tu sebab dia nak habis kan gumpalan darah tu keluar betul betul, dan pasti kan tak ada lagi darah mengalir.
Sampai sini lah doktor kata, "Ini bukan cyst. Ini terjadi sebab dijangkiti kuman." Dekat aku dia tak kata apa nama nya tapi aku dengar dia kata pada nurse dia, namanya abscess. Balik tu aku check aah memang ada beza cyst dan abscess ni. So aku kategori abscess. Bengkak sebab saluran darah tu dijangkiti. Boleh jadi sebab masa shaving. Bukan sebab shave tu dah lama atau apa tau, tapi sebab ha macam kadang tu kita habis licin kan shaving, lepas tu bulu yang sepatutnya tumbuh ke luar kulit, dia tumbuh ke dalam kulit dan kacau saluran darah tu yang jadi bengkak.
Doktor bekal kan aku dengan antibiotik lagi. Kena makan 2 biji 4 kali sehari. Bagi aku yang tak suka telan pil, ini adalah nightmare. Tapi lepas alami sakit yang aku rasa 3 hari tu saja, setakat telan pil ni dah tak ada apa dah.
Syukur sangat tak lama sakit aku ni. Dan tak ada apa yang lebih mudarat. Harap lepas lepas ni tak jadi lagi dah.
Betul lah kiranya aku letak tag bukan bartholin cyst tu, sebab memang bukan dia.