16.3.22

[414]

Ini muka pertama aku menulis mengenai sakit yang aku sedang alami (tidak hadapi lagi pada masa hadapan, dengan izin Allah) 

Bulan ni haid aku lambat 4 hari. Dan dalam tempoh hari pertama hingga hari ke-4 aku sepatutnya haid tu, aku rasa ada benjolan/bengkak kecil dia bahagian kanan bibir faraj aku. 

Aku tulis guna perkataan yang memang aku pun google macam ni lah "benjolan belah bibir kanan faraj". Sebab aku tak tahu nak panggil dia apa. Jadi aku harap bila orang lain google macam ni pun, dia dapat jumpa post ni dan amik buat rujukan. Semoga nya tidak ramai yang meng-google ayat ni. 

Ini bukan kali pertama. Sebelum ni pun aku pernah perasan, akan ada je benjolan bila haid aku lambat kadang-kadang tu. Tapi biasanya aku ignore dan benda tu hilang sendiri.  Dia tak pedih dan tak gatal tau. Cuma kau boleh rasa lah bila kau bersihkan Miss V kau time lepas kencing ke mandi kan. 

Tapi kali ini, aku tak ignore. Aku tak tahu lah nak kata instict ke apa, tapi aku terasa nak bagitahu ibu aku. Ya aku sejenis yang sangat susah share apa apa pada orang lain termasuk lah ibu & kakak aku, sebab aku tak pandai nak mula dari mana. Sebelum aku cerita tu, memang aku dah google dulu lah. Sebelum ni pun, tapi kebanyakan nya lead aku pada laman yang mengatakan, apa yang aku alami ni -- biasa berlaku dan tak perlu risau, sebab tu aku tak banyak pikir. Tapi kali ni, tidak. Aku jumpa gambar ni yang membawa aku kepada artikel bartholin cyst (tapi dalam bahasa Indonesia. Aku tak tahu lah kenapa susah nak jumpa artikel dalam Melayu hmm) 



Ini gambar nya. Bulatan merah tu, aku yang bulatkan. Sebab aku nak tunjuk pada ibu aku. Gambar ini memang yang paling serupa dah aku rasa dengan apa yang aku hadapi. Lepas bagitahu ibu aku, memang bagitahu saja lah, tak ada apa yang berlaku melainkan aku setiap hari memang pantau keadaan kebengkakan benda tu (sorry aku masih tak tahu nak panggil dia apa). Aku terus je baca artikel. 

Kenapa aku masih tak pergi jumpa doktor? Sebab dia tak sakit. Sebab aku masih harap dia macam dulu-dulu yang akan hilang. Sebab bila aku baca artikel kata tak perlu risau, tunggu bila dah demam, bila ada kesukaran berjalan, baru lah pergi jumpa pakar. Sebab aku tak tahu "pergi jumpa pakar" tu pakar apa doktor apa. Pergilah jumpa doktor sakit puan ya (gynecologist atau pergilah bahagian O&G tu). Kalau rasa pergi hospital/klinik kerajaan akan lambat proses nya, cari lah klinik swasta, ikut keselesaan. Aku pergi klinik sakit puan swasta. Nasib baik kat tempat aku tu klinik tu memang doktor wanita saja. At least tak segan sangat, walaupun ya masih malu ya nak bagitahu kita ni sakit apa dekat mana. 

So, semalam aku berkeputusan pergi klinik. Sebab aku dah rasa sakit. Time nak rukuk nak sujud, sakit perit bila tunduk. Nak berdiri, nak berjalan, pedih. Bengkak aku makin besar rupanya. Oh by the way, sebelum pergi jumpa doktor, aku ada jumpa kat google cara boleh bagi bengkak tu surut salah satunya dengan tuamkan dengan air suam pada tempat bengkak tu. Dan artikel tu pun kata, boleh minta cream antibiotik untuk sapu pada tempat bengkak (part ini penting ya sila ingat). Aku buat benda ni semua sebelum aku jumpa doktor, sebagai ikhtiar kononnya. Step aku salah. Aku sepatutnya jumpa doktor dulu. 

Aku pergi sendiri. Ya memang akan rasa malu ya. Depan kaunter even nak bagitahu nurse yang jaga kaunter tu pun, malu tau. Tambah lagi bila kau masuk klinik sakit puan ni, dalam tu semua yang dah kahwin. Tapi kau, bujang. Tapi nak sihat. Abaikan lah malu tu. Orang pun sekarang tak sibuk dah nak amik tahu hal orang lain haih. Kalau ada pun, abaikan saja lah. 

Masuk bilik doktor, aku rasa nak nangis dah masa ni. Doktor Nurul Adibah nama doktor tu. Aku masuk, aku duduk, dia pandang je aku dengan dua dua tangan dia letak atas peha dia. Macam anak kecil yang attentive gila tau. Soalan dia pertama, "Ada gatal ya?". Aku tak dengar sangat sebab aku macam tengah try proses apa yang berlaku. Doktor tu kata, "Tak apa amik masa puan." 

Aku tunjuk lah gambar atas tadi dekat doktor untuk menggambarkan apa aku alami. Sebab sungguh tak tahu nak terang macam mana. Doktor Adibah tanya, "Kita examine nak tak?". Aku pun macam kena periksa juga ke? Sebab sumpah segan weh entahlah. Aku lah malu. "Tapi kalau awak tak selesa tak apa, cuma susah untuk saya betul pastikan dekat mana kedudukan nya". Ya aku tak selesa, aku tunjuk gambar keadaan aku sendiri pada doktor saja. Tapi aku macam pikir balik, dah datang sini, dah jumpa, periksa je lah. Buang je lah malu tu. Kau nak sihat kan. So, doktor tu pun check. Memang buka habis lah, doktor tu memang sangat memahami ya. Dia tahu aku bujang, dia cakap, awak baring macam dalam drama tu bila orang nak bersalin tu. Aku rasa doktor Adibah tu memang berjaya buat aku tenang. 

Keputusannya, doktor bagi aku ubat makan antibiotik. Aku tanya kenapa bukan cream sapu. Doktor bagitahu tak boleh, sebab ini berkaitan tisu dalaman. Jadi kena makan. Function ubat antibiotik ni untuk kecutkan tisu tu. 

Kenapa jadi membengkak macam tu sebab tisu bahagian tu dah bergumpal. Ada banyak sebab boleh jadi macam ni, salah satu nya sebab bahagian untuk keluar cecair (aku lupa nama) tersumbat. Jadi dia berkumpul. 

Doktor minta tengok dalam 4 hari ni. Tisu tu mengecut atau tidak. Ini hari pertama aku. Aku harap dan doa dan nazar, biarlah mengecut. Sebab kalau tak, mungkin kena buat operation untuk buang ketulan tu. Aku minta sangat tidak. Sebab tu aku tag "bukan bartholin cyst". Minta jauh dari sakit yang lebih mudarat. Harapnya tak sampai pada tahap cyst. Tak perlu operate untuk buang. 

 

Aku tulis catatan ni supaya nanti bila aku dah sihat aku tak akan lupa pada keadaan aku yang ketika ini. Agar aku tahu untuk bersyukur banyak banyak. Agar bila kemudian hari aku rasa sedih atau rasa tak senang hati, aku tak lupa yang aku pernah rasa benda lagi sakit dan aku boleh saja hadapi nya dengan izin Dia.

Edit: Aku baru jumpa kisah orang lain yang alami bartholin cyst ni jugak, sini.

No comments: