14.6.26

[503]

Pisau yang dalam genggaman, 
engkau sorokkan di balik badan. 
Dengan sengaja engkau tidak menghunus 
menikam dada aku. 

Kerana sejak awal lagi engkau niatkan, 
senjata utama engkau bukan pada tangan. 
Tetapi pada kata-kata yang engkau hati-hati pilih 
yang engkau seranahkan kepada aku. 

Kerana engkau tahu, luka kata-kata lebih dalam. 
Lebih lambat untuk pulih bila luka dan parutnya tidak nampak. 


I almost caused an accident. 
Aku hampir buatkan seseorang mati. 
It's not simply a mistake. 
It was plain stupid. 
Bodoh. Bodoh. Bodoh.