[433]
Mungkin kerana kita ini dibesarkan tidak terbiasa meluah. Kita dibesarkan untuk patuh dan menerima. Kita dibesarkan untuk tidak membantah berterusan, untuk tidak merajuk berlama-lama. Kerana kita patuh dan belajar memahami. Mungkin kerana waktu kecil kita sebegitu. Dan bila dewasa menjengah kita menjadi -- amarah dalam meluah -- merajuk dengan diam yang panjang -- membantah menerima Kita menjadi dewasa yang merengekkan perhatian.