[433]
Mungkin kerana kita ini dibesarkan tidak terbiasa meluah.
Kita dibesarkan untuk patuh dan menerima.
Kita dibesarkan untuk tidak membantah berterusan,
untuk tidak merajuk berlama-lama.
Kerana kita patuh dan belajar memahami.
Mungkin kerana waktu kecil kita sebegitu.
Dan bila dewasa menjengah kita menjadi
-- amarah dalam meluah
-- merajuk dengan diam yang panjang
-- membantah menerima
Kita menjadi dewasa yang merengekkan perhatian.
Comments