7.5.17

[285]

ke mana hati aku berumah?
sini tidak, sana pun tidak.
malah, ghaib pula.

terbang ke mana?
berlari ke mana?
atau cuma duduk tegak saja tetap pasak?

tapi mana?

26.1.17

[283]

kamu sudah jarang ke sini.
aku dengar dengar ke pangkuan Laila mu juga, tidak.

apa alasan kamu ke sini malam ini?
jika mahu ucap selamat ulangtahun, kamu sudah lewat beberapa hari, tahu?

aku tidak kisah jika kamu sudah ada yang lain.
aku tidak kisah jika kamu mahu datang ke aku bilamana kamu cuma sedih.
tetapi, ini tidak.

kamu sudah tidak sudi bertemu aku?

kamu sudah besar.
besar besar lagi mahu keliru?
sudah lah, tetap kan hati kamu.

tetap kan hati kamu untuk berumah di mana.

-----------
hati aku, berumah di mana?

19.12.16

[282]

Mungkin saja, kita pernah berdiri di tempat yang sama.
Cumanya berlainan masa.

Mungkin saja, kita pernah berselisih bahu.
Tetapi mata tidak pula bertemu.

Biarlah.

Kemungkinan kemungkinan itu memang kadangnya,
lebih manis bila tidak diketahui.

Maka biarlah.

12.10.16

[281]

minta ku,
diajarkan aku tentang
menyimpan rasa (amarah)
sekaligus mampu menjadi tenang.

diam tidak menghebah.
tenteram tidak menggelabah.


ajarkan aku untuk hidup sendiri
wahai manusia manusia sunyi.