23.9.19
[345]
Si anak polos yang dahulu sebenarnya dahagakan perhatian
tetapi berani berlagak seperti dia tidak apa-apa; telah tiada.
Dia pergi, membawa bersama jiwa cantik miliknya.
Tinggal lah keseorangan si wanita dewasa
penakut-hati kosong-rosak.
Melihat ke dalam cermin,
merindui anak polos dahulu.
22.5.19
[344]
Aku tidak tahu mahu bermohon apa lagi.
Kecuali, jadikanlah aku seorang yang tidak akan pernah penat untuk memohon, tunjukkanlah bimbingkanlah aku ke akhir jalan yang benar.
17Ramadhan1440.
24.4.19
[343]
Ajaibnya sebuah harapan.
Tiada wujud harapan tanpa kenangan.
Tiada wujud harapan tanpa kecintaan.
Dan harapan hanya tinggal harapan,
Tanpa kesungguhan.
Tanpa percaya pada Tuhan.
18.4.19
[342]
Telah ku keluar daripada kegelapan.
Tetapi yang aku temui hanyalah sinaran.
Yang silau nya membutakan mata.
Dan langkah kaki terkaku membatu.
---
Bawa aku keluar.
Bawa aku menemui cahaya.
Sekali lagi, bantulah aku.
31.3.19
[341]
Dan Dia selalu ada.
Bila saat kita paling perlu,
Dia tahu.
Dia tegur.
Sayang nya.
Kita si hati degil,
sudah tahu,
tapi memilih untuk tidak mempeduli.
Subscribe to:
Posts (Atom)