11.9.20
10.9.20
[367]
Aku sedang berada di dalam keadaan yang
aku ingin sekali menyatakan sesuatu.
tetapi rintik hujan turun.
"tuk-tuk" sayu bunyinya jatuh.
seperti memujuk,
"diamkan sahaja. berehatlah."
---
puk-puk, berehatlah.
19.8.20
[366]
Puisi Cinta
Seperti doa daripada seseorang
buat seseorang yang lain.
Seperti puisi cinta yang ditulis, senyap-senyap
bersama nafas yang tertahan.
Aku harap ianya sampai kepada mu.
Sepertinya, sekali lagi
bintang-bintang berguguran jatuh di dunia mu.
Air mata yang kau cuba telan dan sembunyikan,
mengalir ke aku.
Dalam dunia sepi tanpa kata ini,
suara mu bagaikan ingatan.
Dengarkanlah sekali lagi.
Wahai hati yang telah melalui malam yang panjang,
aku akan senandungkan untuk mu.
Aku akan ada di sini,
Di belakang mu yang berjalan sendirian.
Akan terus bersenandung hingga ke akhirnya,
Lagu ini tidak akan pernah tamat.
Bernafaslah.
Untuk kamu yang telah lupa
bagaimana caranya untuk menangis,
Aku akan bersenandung, dan memanggil mu.
Moga kamu mampu berjalan semula.
Moga kamu mampu mencintai semula.
Malam yang panjang ini akan berakhir.
Angkat lah wajah mu, pandang ke sini.
Aku ada.
---
Lagu asal Love Poem by IU
22.7.20
8.7.20
[364]
Kepada Sebuah Nama.
Anak kecil itu
dengan wajahnya yang menunduk
tetapi dia, tidak menangis.
Ingin aku rangkul dia.
Tangan ku gapai
tetapi, dia tiada.
Aku merangkul angin.
Dalam pekat malam
yang seakan tidak berpenghujung,
namanya, dengan perlahan-lahan
telah dilupakan.
Aku tahu itu.
Tidak akan ku biar.
Akan aku panggilnya tanpa henti.
Walaupun jauh tidak terjangka.
Mari, bersama aku.
Kita berlari ke penghujung malam.
----
cubaan mempuisikan lirik lagu Dear Name oleh IU.
Subscribe to:
Posts (Atom)