5.10.20

[371]

makin bertambah umur, makin banyak orang orang yang pernah dahulu berada dalam hidup aku, yang aku pernah sayang, yang aku dah buang sekarang. 

buang bukan kerana apa. 
kerana aku yang mengasingkan diri. 
aku jauh kan diri aku dari semua orang. 
sebabnya apa, aku pun taktahu. 
aku cuma rasa, aku suka hidup seorangan. 

tapi entah macam mana. 
sekarang ini aku menjadi rindu. 
rindu pada setiap satu orang orang itu. 

cukup ke dengan hanya, aku mengharapkan kehidupan yang baik untuk mereka tanpa mereka mengetahuinya? 
tanpa mereka mengetahui bahawa aku masih memikirkan tentang mereka sekali sekala? 

28.9.20

[370]

27 hari ini. 
Yang aku pohon hanya satu. 
Lebih dekatkan lah aku pada Mu. 

Perkenankanlah. 


12.9.20

[369]

There was a little girl. 
She was bleeding.
 
She was trying to find her saviour.
She was trying to reach everyone. 
Unfortunately, she was bleeding even more. 

Inside that small little girl,
There was something unknown to her. 
Her big heart that never gets tired to keep on beating. 



Her saviour is in the mirror. 

11.9.20

[368]

Engkau adalah "engkau" di dalam semua puisi cinta indah. 

10.9.20

[367]

Aku sedang berada di dalam keadaan yang 
aku ingin sekali menyatakan sesuatu. 

tetapi rintik hujan turun.
"tuk-tuk" sayu bunyinya jatuh.

seperti memujuk,
"diamkan sahaja. berehatlah." 

---

puk-puk, berehatlah.