22.3.25

[478]

Dua orang saling membalas kata.
Untuk setiap patah yang dihambur, 
separuh daripadanya menjadi panah.  

Apabila separuh daripada satu orang, 
bercampur dengan separuh daripada satu orang lagi, 
sejumlah anak panah-anak panah tuju nya ke hati aku.


Sekalipun hanya tempias, tetap tujahan nya ke hati aku.


16.3.25

[477]

Rasa penyesalan kala usia 15, yang sehingga basah  kertas tulisan pengakuan ku kerana air mata menitik tak henti; kembalikan kepada aku. 

Rasa manis tenangnya jiwa raga ku ketika usia 20, kala aku keseorangan tiada teman dalam kebanyakan masa; kembalikan kepada aku. 

Rasa penyerahan dengan setulus penyerahan atas apa yang Engkau lakarkan bukan hanya untuk aku tetapi untuk orang-orang sekeliling aku ketika aku 30; kembalikan kepada aku. 

Kembalikan kepada aku. 
Izinkan aku merasakan semua-semua itu lagi. 

Supaya aku tahu. 
Aku tahu yang aku sedang berada dekat dengan Mu. 
Aku ingin berada dekat dengan Mu. 

5.3.25

[476]

Kematian adalah musibah yang paling besar dalam kehidupan. 
Dan musibah yang lebih besar daripada kematian, 
adalah melupakan tentang kematian. 

Sedang kita berlari-lari mencari ketidakpastian, 
kita menuju pada yang pasti. 


Seberapa sediakah aku?


[Kelas Eskatologi : Kitab Tazkirah Al Qurtubi]

18.2.25

[475]

Banyak yang telah aku hilang. 
Hilang memori kecil-tidak penting, aku terima lagi. 

Tapi apabila aku turut hilang empati, aku jadi tak senang. 

Lagi-lagi apabila hilang empati pada Dua Syurga. 

Salah, aku tahu. 
Tapi bagaimana cara untuk aku wujudkan rasa itu kembali?


6.2.25

[474]

The heart once emptied, 
but not anymore. 

I promise. 

I hope so.