kira sampai sepuluh.
selepas sepuluh petik jari.
*pap*
dan aku lesap.
[heh, dah lama tak main sorok sorok]
16.2.11
15.2.11
[21]
pilih.
mahu mati ditembak.
atau.
mahu mati ditikam?
-------
aku pilih.
mati ditikam.
pertarungannya lebih penat.
mahu mati ditembak.
atau.
mahu mati ditikam?
-------
aku pilih.
mati ditikam.
pertarungannya lebih penat.
13.2.11
[20]
ini bukan tentang keluar-jalan jalan-sama sama. bukan juga tentang 'jiwa engkau masuk, jiwa aku tak ngam'.
ini cerita tentang satu malam yang sekejap. buat aku lihat engkau engkau dan bisik kan sendiri,
"Ya Allah, tolong biarkan kami seperti ini sehingga Engkau hantarkan Maut pada kami".
terima kasih untuk satu malam ini kawan. atau lebih patut aku panggil, kekasih hati sayang hamba. *senyum*
ini hari, tentang 3 jam yang habis untuk kenal hati masing masing. walau bukan sepenuhnya. tentang rasa yang kita kongsi untuk masa hadapan bila berkeluarga. tentang duduk borak borak 5 minit sebelum tunggu maghrib pasal seseorang yang tiba tiba kita tertarik dengan gayanya. tentang engkau pinjam kan sepuluh ringgit buat beli buku. tentang kita bual bicara pasal perempuan yang pakainya cuma skirt paras lutut serta lawa yang terserempak dekat surau sesak, tunaikan maghrib sebelum turun menyelami kota kata kata hebat si lelaki pemalu berpuisi. ya, itu ajarkan kita sesuatu, jangan hakimi orang sekalian seperti mana yang mereka tayang kan kerana kita bukan yang layak begitu. dan tentang mahu nya engkau duduk atas bumbung hirup dingin malam serta bau segala udaranya pada jam 1 serta tentang bagaimana bercerita engkau mahu lelaki seni, engkau mahu lelaki bersama piano, walau pada masa itu Ilustrasi sedang bersenandung dengan sangat damai dan ya, aku sebenarnya sedikit resah.
ini cerita tentang satu malam yang sekejap. buat aku lihat engkau engkau dan bisik kan sendiri,
"Ya Allah, tolong biarkan kami seperti ini sehingga Engkau hantarkan Maut pada kami".
terima kasih untuk satu malam ini kawan. atau lebih patut aku panggil, kekasih hati sayang hamba. *senyum*
11.2.11
[19]
dimaksudkan, kau ok tak
disebutnya, kotak
dijawab faham, aku ok
diingatkan mahu pergi karok
kelakar lah kau kawan
terus kasi aku idea
disebutnya, kotak
dijawab faham, aku ok
diingatkan mahu pergi karok
kelakar lah kau kawan
terus kasi aku idea
[18]
Pupus Kamu
aku minta pada Tuhan.
pupuskan kau dari dalam ini.
kerana masa masa yang pernah aku dan kau (mungkin) suka kan.
menjadi percuma sudah.
aku minta. kau pupus.
dan biar terus tidak berbekas.
terabai tanpa terkesan.
walau sekelumit rasa.
bersalah.
aku minta pada Tuhan.
pupuskan kau dari dalam ini.
kerana masa masa yang pernah aku dan kau (mungkin) suka kan.
menjadi percuma sudah.
aku minta. kau pupus.
dan biar terus tidak berbekas.
terabai tanpa terkesan.
walau sekelumit rasa.
bersalah.
Subscribe to:
Posts (Atom)