29.4.11

[60]

Latte
kawal dan simpan. sehingga sampai suatu masa kemuncak segala yang terpendam itu akan engkau muntahkan dan lantas; engkau baru sedar yang engkau telah terlambat. damn!, kata engkau. kerana masa tidak pernah mahu menunggu. begitu gelojoh sekali ia berlari meninggalkan engkau. di saat mata terkebil-kebil. terkelip-kelip, engkau sudahnya telah terlepas beberapa opportunity bila mana cinta juga telah menaiki tren paling akhir dan segala bahasa yang engkau simpankan itu, sudah semakin melapuk. zaman sudah berubah, bukan. teori Si Ramlee mungkin sudah terkebelakang dan di sini --

biar engkau sahaja yang sesal untuk diri engkau sendiri.
siapa suruh lambat, kan?

[ahmad]

................................................................................

Kaku
ini. tembakan paling tepat
tak bersimpang tak tersasar ke rusuk
meluru terus ke hati. paling dalam.
peritnya.

setipa detik di ruangan itu membeku.
seperti akhirnya memihak pada aku.
bersimpati mengasihani.

syaitan syaitan menunggu
"keluarkan segala carutan carutan pada Dia!"
dan malaikat malaikat menadah
"sujudlah pada dakap Dia"
dan tayangan semalam
tayangan semalam melintas
"... aku ingin mati di sisi mu, manisku...
...berbahagialah mereka yang mati muda...
...berbahagialah dalam ketiadaan..."
semuanya.
bagai mengejek.
dalam detik yang membeku.


Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!

*tayangan semalam; petikan dari filem Gie

[ibti]




dua ini adalah serpihan catatan dan puisi yang aku kutip dalam JBB [sila rujuk gambar sebelah atas]. yang, mungkin aku paling minat? okay, aku suka je semua. cuma yang itu paling minat. sebab paling dekat. *?

24.4.11

[59]

lumpuh.
paling teruk. tersangat teruk.
sebab apa?
sebab baru saja baik sakit dah sakit balik.
sakit yang sangat.
yang sangat sangat.
semua nya lumpuh.



heh. bila lah nak bulan enam kan?

23.4.11

[58]





pada baris. butir doa.
kau memohon. kau berserah.
hanya. pada. DIA.

22.4.11

[57]

aku sedang belajar untuk faham maksud move on.
baik. ini. untuk pertama kali. aku mengaku.
aku. masih. ada rasa. yang sama. pada dia. seperti 5 tahun sebelum ini.
masih ada. sehingga semalam.
untuk melepaskan sesuatu yang sudah terbiasa dengan aku, payah.
tak kira lah hal apa jua. daripada hal yang remeh sehingga hal yang paling berat.

dan. satu titik [titik ini]. aku perlu berhenti. dan bawa diri.
ini yang paling muktamad.

21.4.11

[56]

semoga. ini benar sudah pada pengakhiran.
untuk suatu malam yang panjang.
untuk satu malam yang menahan mata berjaga.
hati sudah berjaya dipujuk sendiri.

terima kasih pada Acid Hadi dengan lagunya Menjadi Bintang. temani aku satu malam tadi.
dan juga, Iman Xara dengan tulisannya, Rumput Masih Hijau. satu-satunya novel nya membuatkan jangkaan aku meleset 360 darjah. membantu aku untuk sedar segera dan pergi jauh daripada mimpi indah.




Bila kita hilang satu kebaikan, yakinlah yang kita akan dapat lebih banyak kebaikan selepas itu. Yang penting, hati perlu redha dan bersabar dengan segala-galanya.