23.2.16
[270]
biarlah akal aku lebih mendahului daripada mulut aku.
semoga aku reti diam sebentar. heh.
3.2.16
[269]
Selama 5 tahun, aku tak pernah bercerita di blog seperti cerita sebuah diari. Kalau cerita pasal diri sendiri aku suka guna ganti nama diri ketiga. atau aku tulis dalam bentuk puisi. Sebabnya tak nak orang tahu yang sebenarnya, itu adalah tentang aku. Sebabnya, bila aku baca semula, boleh timbul satu rasa di hati yang aku kena awas diri dan buat sesuatu.
Jadi lebih baik? Entah.
Dan aku mula rindu banyak perkara tentang aku yang dahulu.
yang tak mudah terasa hati.
yang tak mudah goyah dengan masalah.
yang tidak menunjukkan emosi.
7.12.15
[268]
Aku yang selalu pura pura cool.
Aku yang tak pernah nak kisah tanpa ada sesiapa di sisi.
Aku yang tak pernah suka hal remeh temeh.
Aku yang punya kepakaran membuang segala masalah.
Semua semua itu, tidak lagi ada pada aku.
tidak ada selepas kau muncul.
4.12.15
[267]
bila dah jumpa orang yang boleh terima busuk kita, kita kena simpan dia.
sebab tak ramai yang sanggup tahan dan entah bila kita akan jumpa lagi.
tapi, tak kan nak pentingkan diri?
simpan dia dan biarkan kita dengan busuk kita, sampai bila dia mampu tahan?
dan sampai bila kita nak terus jadi busuk?
hari ke hari, kalau kita asyik jadi sampah, orang pun menyampah.
hari ke hari, kita patut ubah lah.
bukan ubah terus jadi yang lain.
cukup ubah untuk jadi yang lebih baik.
bila kita wangi, ramai orang sayang.
tapi kita tetap sayang lebih dekat yang pertama,
yang tahan dengan busuk kita tu :)
13.11.15
[266]
manusia matang dengan fikiran. dengan perwatakan.
manusia matang, bila belajar daripada kejadian yang telah terjadi,
pada dirinya atau pada sekeliling nya.
dua puluh dua hari ini.
tidak banyak yang aku minta.
selain syukur masih diberi peluang oleh Tuhan,
aku mohon, moga aku menjadi pelajar yang benar benar belajar
daripada tiap kejadian yang telah terjadi.
aku juga mohon, moga aku diberi lebih sabar dalam setiap hal.
mohon agar Tuhan terus sudi menunjuk jalan
dan aku sendiri tidak berhidung tinggi.
tiap yang jadi ada hikmahnya.
dan pengertian yang sebenar adalah,
bagaimana kita belajar daripada hikmah tersebut.