25.1.21

[380]

perasaan yang awak rasa. 
yang awak simpan lama. 
dah sampai masa awak keluarkan semua. 

payah macam mana pun, 
awak kena keluarkan. 

-- buangkan
-- kisahkan 
-- lupakan 

apa saja. 
tolong keluarkan jauh dari awak. 

sebelum semuanya melarat. 
sebelum semuanya memilih menyelubungi 
seluruh diri awak. 

dan awak tak mampu untuk hilangkannya. 

seperti saya. 

13.1.21

[379]

orang yang kaya itu orang yang bersyukur dengan apa yang awak ada. 
orang yang bahagia orang yang dapat mengenali Allah. 


26.12.20

[378]

hidup jangan menongkat langit. 
hidup biar berpasak bumi. 

kita ini cuma kecil hama. 
kecil kecil lama lama lenyap.

24.12.20

[377]

Ku seru nama Mu 
Ya Allah Ya Fattah 

Bukakanlah pintu hati ku agar mudah ku melangkah mendekati Mu 
Bukakanlah pintu kebahagian buat ku agar aku sentiasa di dalam redha Mu 


Perkenankanlah

15.12.20

[376]

Sesungguhnya, 
aku benar-benar takut 
dengan keadaan hati aku sekarang ini. 

Berapa lama lagi mahu beku? 
Berapa banyak lagi calitan hitam?