17.12.22

[429]

Kerananya aku sudah jarang membaca mu, 
Maka aku juga sudah kurang menulis. 

Kerana rupanya tulisan-tulisan ku sebelum-sebelum ini, 
Hanyalah untuk membalas tulisan-tulisan mu. 

16.12.22

[428]

Sungguhpun sedang lebat hujan 
turun membasahi hati mu, 
Sungguhpun guruh berdentum 
menggusar-resahkan jiwa mu, 

Semoga nanti-nanti -- 
Hasil tiap titisan hujan itu semua 
Wujudnya setaman penuh berbunga indah. 

Lantas menutupi -- 
Langsung tiada terkesan, 
Segala luka-luka kamu dahulu. 

28.11.22

[427]

Kerana nya sejak dari kecil 
Aku hanya belajar untuk berlari. 
Dan jatuh berkali. 
Kemudian lari lagi. 

Lari mengelak. 
Lari daripada masalah. 

Kerana nya sejak dari dahulu 
Aku hanya tahu itu. 
Tidak pandai untuk menghadapi.
Apa lagi hendak menyelesaikan. 

Kerana nya aku sejak dari dahulu 
Tidak pernah berubah.
Masih yang sama seperti hari ini. 


Pengecut. 


12.9.22

[426]

selalunya dahulu aku menjadi jambatan untuk memahamkan apa maksud hati sebenar-benarnya. hari ini aku menjadi jambatan untuk memperjelaskan kemahuan yang, aku sendiri tidak jelas kebenaran nya. 

11.9.22

[425]

If it was hard for you 
It was hard for me too 

We were in the same wrecked ship, remember? 




But why I felt like, you have the rescue boat to keep you safe to the land, while I only have this orange lifebuoy to hang on it, and if I'm not strong enough, I would be drowned?