Posts

Showing posts from November, 2011

[97]

punca segala wujud nya toksik toksik. serta segala rasa sakit perit. rupa nya datang daripada dia. betapa kejam nya dia pada diri sendiri. membiar diri terluka tanpa mahu disembuhkan. melumur najis pada hati. memilih sendiri menjadi kotor. sesiapa, mahu bantu membersihkan dia kembali?

[96]

aku rasa macam ada yang hilang. sesuatu yang aku sudah biasa dengan nya dahulu dan yang aku sangat suka kan, dah hilang. hilang yang macam, kalau aku nak cuba cari balik pun tak tau cara apa yang boleh guna. benda ni memang akan nampak remeh bila kau cuma kekeringan idea untuk menulis sesuatu di blog. tapi untuk aku, ianya suatu yang sangat berat. selama bertahun, aku hidup dengan meluahkan rasa dan segala yang aku nampak dengan tulisan dan contengan. aku tidak pandai lain. aku cuma tahu campurkan patah kata yang biasa dan disusun dengan cara yang biasa biasa. aku cuma ada itu dan itu sahaja. sama juga macam contengan. aku bukan seorang yang pandai bermain dengan warna. yang aku perlu biasanya hanya pensil dan pemadam dan conteng orang lidi. iya, orang lidi. aku cuma ada itu dan itu sahaja. untuk menceritakan segala apa aku rasa. memang lahirnya aku dahulu tidak pandai meluah dengan berborak "hai-aku ada masalah-tolong boleh?". bukan aku. dan sekarang ini, bila aku ra

belon terbang

Image
tu dia! entri bertajuk aku yang pertama. ngee~ malam malam nak ke pagi ini, macam biasa lah berjalan jalan dalam maya. tengah tengah tu boleh pula jumpa gambar ni kat blog contengconteng inche fadhli punya. terus aku teringat kat Smarties aku!  dan terus aku pun terasa macam nak terbang pakai belon sekarang untuk cari Smarties. segala kedai yang aku masuk, aku gigih menyibuk kan diri mencari tapi heh! tak ada nya. hampa aku. lagi hampa bila tengok gambar kat atas tu. terbayang bayang saja dah. aku tahu aku dah parah dah ni. boleh pula teringin nak makan Smarties. macam dah tak ada makanan lain. tahu pula tu nak memilih tak nak M&M tekak aku ni pun. cukuplah tu. aku nak pergi mimpi. terbang guna belon sambil makan Smarties. dan mana tau kut kut boleh termasuk sekali hadiah misteri  yang inche tu nak kasi dalam mimpi aku ke, kan? *senyum*

[95]

Image
oho! sekarang ini aku tengah ketagih dengan lagu lagu UNIC. ah ha entah kenapa pun tidak tahu lah.  tiap tiap hari mesti main lagu lagu diorang depan belakang.  nah satu. yang paling terkena. mula mula dulu dengar je tapi tak tau siapa nyayi tajuk apa. cari punya cari baru jumpa. ngee.