[96]
aku rasa macam ada yang hilang.
sesuatu yang aku sudah biasa dengan nya dahulu dan yang aku sangat suka kan, dah hilang.
hilang yang macam, kalau aku nak cuba cari balik pun tak tau cara apa yang boleh guna.
benda ni memang akan nampak remeh bila kau cuma kekeringan idea untuk menulis sesuatu di blog.
tapi untuk aku, ianya suatu yang sangat berat. selama bertahun, aku hidup dengan meluahkan rasa dan segala yang aku nampak dengan tulisan dan contengan. aku tidak pandai lain. aku cuma tahu campurkan patah kata yang biasa dan disusun dengan cara yang biasa biasa. aku cuma ada itu dan itu sahaja. sama juga macam contengan. aku bukan seorang yang pandai bermain dengan warna. yang aku perlu biasanya hanya pensil dan pemadam dan conteng orang lidi. iya, orang lidi. aku cuma ada itu dan itu sahaja. untuk menceritakan segala apa aku rasa. memang lahirnya aku dahulu tidak pandai meluah dengan berborak "hai-aku ada masalah-tolong boleh?". bukan aku.
dan sekarang ini,
bila aku rasa kan aku tak mampu lagi mencampur adukkan patah kata dan menjadikan nya sebagai suatu bentuk 'puisi', aku rasa susah.
bila aku rasa kan aku sudah tidak mampu walau cuma menconteng orang lidi, aku rasa sakit.
aku hilang cara untuk meluahkan apa yang aku rasa apa yang aku nampak.
aku hilang sesuatu perkara dahulu yang aku sangat suka kan.
ouh dan, apa yang kau tengah buat sekarang? bukan kau tengah meluahkan apa yang kau rasa ke?
ouh ya. aku tengah tulis apa yang aku rasa. rasa kehilangan pada benda yang aku gunakan untuk meluahkan rasa. heh! apa benda lah.
rindu. aku rindu pada cara aku yang dahulu.
#sekarang memang banyak benda merepek yang aku bualkan dengan orang. contoh, aku teringin makan Smarties. merepek. dan aku tak suka benda merepek.

Comments