Posts

Showing posts from February, 2015

[253]

manja dan mengada-ngada, pengamatan aku, benda dua ni berbeza. contoh, mengada-ngada macam anak buah aku yang suka buat muka mengada-ngada, kejap nak minta dukung kejap tak nak haha. manja, contoh bila mak ayah duk manja kan lah anak dia tu sampai anak dia tak pandai buat satu apa kerja pun sendiri walau umur dah layak amik lesen motor. benda manja ni benda paling serius. sebab kalau benda mengada-ngada ni, macam contoh tadi aku bagi, kalau kita tak layankan, dia pun tahu penat. aku selalu buat kat anak buah aku hahaha. jadi tak berapa nak serius sangat berbanding manja tu. dan bagi pengamatan aku lagi, benda manja ni boleh dikurangkan bila adanya keadaan yang memaksa. anak yang manja tadi mungkin boleh dikurangkan kemanjaan dia tu, bila mak ayah sendiri yang paksa diri mereka untuk paksa anak diaorang masuk sekolah asrama penuh. mungkin. tapi key point nya adalah paksa. ------------ hati aku manja.  dan ada sedikit ego. maka Ya Allah,  Kau paksa lah aku.  pasak ka

[252]

apabila kau rasa sedih dan kau tak boleh nak luahkan... benda tu akan jadi satu perkara yang kau akan ingat sampai bila bila. apabila perkara tu terkumpul dengan perkara perkara sedih yang lain.. kau tau tak, sakit? dan masa tu, kau menangis macam mana pun, rasa sakit tu takkan kurang.   - Lisa, Tentang... Dhiya. masa lalu tak pernah hilang.  dia ada tiap masa, walau pun kita tak sedar.  walau pun kita lupa kan macam mana, dia ada.  ekori kita walau ke mana pun.  terutama masa lalu yang sedih.  terutama masa lalu yang tak diluahkan.  tahu bila dia muncul balik?  bila kita tengah sedih dengan keadaan kita yang sekarang.  masa ni, semua rasa yang lepas lepas.  semua memori yang kita yakin dah hilang.  akan bermain di depan kita, satu satu.  dan kita sakit.  kita rasa menyampah.  kita rasa marah.  marah sebab kita tengah sedih,  tapi dia pun sibuk nak muncul jugak.  dan masa ni, kita menangis macam mana pun,  semua rasa tu tak nak lepas

[251]

kadang, kau menulis bukan untuk orang lain baca.  tapi mungkin lebih pada cara kau nak luahkan semua rasa. - ayat orang. aku tambah, ...dan kalaupun bukan untuk orang lain baca,  tapi untuk kau yang di masa hadapan.  ini. sebab aku menulis. boleh saja nak tulis dalam jurnal tanpa perlu dipapar umum. tapi kenapa kita kadang pilih untuk tulis di blog? atau facebook? satu, mungkin benda yang sama jadi dekat orang lain. lalu orang lain tu boleh guna dan jadikan iktibar. atau bagi semangat dekat kita. dua, macam yang aku cakap tadi. untuk bagi diri sendiri yang pada masa depan baca.  macam reminder. bila dipapar umum, jadi takut untuk buat benda yang berlawanan daripada apa yang dah ditulis. kemudian akan ada pula yang cakap, kenapa kena meluahkan rasa pada umum? sorang sorang pada Allah, tak boleh ka? *pause* nak jawab apa? kalau ada orang tanya depan depan macam ni nak jawab apa? pernah tak rasa macam ni, yang mana bila lepas saja habis solat, dan kau tadah

[250]

mari kita membedah buku hari ini. eh tidak, aku tak nak cakap pasal buku atau novel. aku nak cakap pasal penulis buku. jadi yang sepatutnya adalah, mari kita membedah penulis buku hari ini. hahaha tak kena langsung. okay. abaikan apa yang tak penting. ada orang baca buku atau novel sebab minat pada genre nya. orang lain pulak mungkin sebab plot nya. dan orang yang lain lagi mungkin sebab penulis nya. dan aku jatuh pada yang ke tiga. jujur, aku bukan jenis yang rajin sangat nak baca review orang pasal buku ni, buku tu. tapi aku rajin masuk kedai buku dan rembat apa apa je buku walau pun aku tak rancang pun nak beli. a'ah aku memang akan membazir kalau bab beli buku. sebab ada aje buku yang aku beli tiba tiba tapi buku tu tak best pun. ada aje buku yang aku baca sekerat. membazir betul. cuma satu. tiap kali masuk kedai buku benda pertama aku cari novel baru dari penulis penulis yang aku suka. sebab walau apa pun kisah novel dorang aku akan beli, aku akan kumpul. contoh, macam