akan tiba satu masa yang kau rasa kau sangat rindu kan masa masa dahulu yang hilang. satu masa yang dengan tiba tiba engkau rasa kan seperti mahu dimanja manja. tidak. bukan bermanja macam beramah mesra tu. rasa yang macam engkau mahu, ada seorang yang mampu ada dengan kau setiap ketika. ini yang sebenarnya aku nak bagitau. tadi tu cuma beberapa perkataan tertaip. ada lah kut kaitan nya sikit sikit. heh. sudah tiba masa nya untuk aku, bentangkan jalan sendiri dan rasa sakit gembira berjalan atas jalan tadi. sudah tiba masa nya untuk aku, tahu jauh mana atau besar mana iman aku pada Dia. ah sebenarnya ini yang paling aku takutkan. kita rancang segalanya awal awal. macam, kau dah rancang untuk kau jadi budak baik dan pelajar terbaik di sekolah menengah [ketika itu kau masih bersekolah rendah]. kau dah rancang. tapi bila kau dah masuk ke dalam situasi yang sebenar, hah ini lah guna nya iman yang aku cakap tadi. itu yang aku takutkan sekarang. bagaimana nantinya aku di sana...