[66]

akan tiba satu masa yang kau rasa kau sangat rindu kan masa masa dahulu yang hilang.
satu masa yang dengan tiba tiba engkau rasa kan seperti mahu dimanja manja. tidak. bukan bermanja macam beramah mesra tu. rasa yang macam engkau mahu, ada seorang yang mampu ada dengan kau setiap ketika.

ini yang sebenarnya aku nak bagitau. tadi tu cuma beberapa perkataan tertaip. ada lah kut kaitan nya sikit sikit. heh.

sudah tiba masa nya untuk aku, bentangkan jalan sendiri dan rasa sakit gembira berjalan atas jalan tadi.
sudah tiba masa nya untuk aku, tahu jauh mana atau besar mana iman aku pada Dia. ah sebenarnya ini yang paling aku takutkan. kita rancang segalanya awal awal. macam, kau dah rancang untuk kau jadi budak baik dan pelajar terbaik di sekolah menengah [ketika itu kau masih bersekolah rendah]. kau dah rancang. tapi bila kau dah masuk ke dalam situasi yang sebenar, hah ini lah guna nya iman yang aku cakap tadi. itu yang aku takutkan sekarang.

bagaimana nantinya aku di sana? bersama mereka mereka yang asing. mampu atau tidak aku. bagi seseorang yang seperti aku, yang dahulu nya tidak pernah pikir kan masalah yang dialami, yang sentiasa rasa dengan sikap sambil lewa dapat hapus segala masalah, ini sesuatu yang payah. payah. mendidik jiwa menjadi kuat. payah. untuk percaya pada orang asing dalam masa yang sekejap. payah. untuk tidak mudah terpengaruh. payah. 

dan bagi orang seperti aku yang terbiasa dengan hanya berdiam diri simpan segala rasa seorang atau pada bantal dan tilam atau pada tulisan tulisan picisan di blog, ini payah. haih.



kau berkebolehan memotivasi kan orang, menanggung sesuku masalah yang lain. berkata, berkongsi mampu buat jiwa tenang. tapi sayang, engkau sendiri tidak berkebolehan memotivasi kan diri sendiri. dan sayang, kerana engkau terlampau lokek untuk tidak berkongsi rasa kau.

ouh mungkin. aku menjadi seorang yang terlampau hipokrit nanti.



[erk, cerita macam tak tersusun je. dan, sampai sekarang aku tak tau kenapa kalau aku eja kaitan mesti aku tertaip kaintan. macam nak tergelak sorang sorang]

Comments

Popular posts from this blog

[170]

belon terbang