[62]

jam empat. pagi.
masih belum tidur tidur.
membebel tentang yang tak pasti. membebel tentang rasa kehilangan.
ah! memang tiap tiap apa aku tuliskan, semua tentang kehilangan.
bosan yang muncul memang datang dari aku sendiri.

cuma nya. sebelum maghrib tadi.
tersentak. tersedar.
segala yang hilang.
segala kebahagiaan dahulu yang hilang.
cuma pinjaman dari Dia.
layaknya untuk Dia amik balik.
walau bagaimana belum bersedia nya aku, Dia berhak.

Dia kejam? tidak!
kerana nantinya, Dia hadiahkan sesuatu yang lebih bahagia dari yang dahulu.
semoga sempat.

Comments

Popular posts from this blog

[170]

belon terbang