18.10.26

[521]

Berjalan dengan kasut yang selesa; 
Dengan laluan yang lapang selapang nya; 
Aku dah tak tahu jauh mana dah aku berjalan. 

Aku jalan terus. 
Tapi langkah makin berat. 

Aku terus lagi. 
Sekejap sekejap kepala menunduk. 
Sekejap sekejap aku teleng belakang. 

Aku jalan lagi. 
Dan lagi. 
Lagi. 
.
.
.
Aku tak mahu jalan terus lagi. 
Tolong hentikan aku. 


Tolong bawa aku pulang.

4.10.26

[520]

Teori satu gelas. 
Separuh penuh, atau
separuh kosong. 

Aku pilih separuh penuh. 
Asalnya gelas aku pun separuh penuh. 

Ditambah-tambah. 
Sekarang, gelas aku penuh. 
Habis air melimpah keluar. 

Yang ditambah, batu-batu. 
(entahkan batu entahkan bendasing) 



Gelas aku kosong, tak berair. 
Gelas aku penuh, dengan batu-batu. 

1.10.26

[519]

Penuh. 
Penuh dua-dua tangan.
Menimbun sampai tutup pandangan. 

Sepuluh jari semua penuh. 
Setiap sepuluh jari berderet menjinjing beban. 

Penuh. 
Jadi tak tahu nak lepaskan yang mana satu. 

Jadi tak boleh berjalan sebab satu langkah kaki, 
berlanggar dengan beban yang dijinjing. 
Jadi tak boleh berjalan sebab tertutup pandangan mata, 
terhalang dengan yang menimbun dalam tangan. 

Penuh. 
Tak boleh bernafas.