[91]

kali ini. aku mahu jujur.
yang sebenarnya.
aku bukan lah seorang yang jujur.

seperti entri yang sebelum ini, 
aku miliki topeng yang sangat ketat terlekat pada muka. ya.
dan ya, kotak yang aku sedang duduki sekarang bukan lah kotak aku.

sudah terlalu penat mungkin.
penat menutupi menyimpan segala rasa sendiri
penat yang sehinggakan aku mahu,
seseorang, yang tidak kisah lah siapa pun beliau
mampu membuatkan aku menjadi aku. [heh! agak pelik ayat di situ]

diri aku yang dahulu nya [ok sekarang pun juga],
yang hanya tahu menyerap segala benda terjadi,
tanpa mengeluarkannya tidak melepaskan segala benda yang aku serap,
mungkin itu yang menyebabkan aku memiliki topeng yang sangat payah untuk ditanggalkan.
sehinggakan aku sendiri tenggelam di dalam nya dan tak muncul muncul dah.
bagaimana mahu meluahkan pun, kerana sungguh aku tak tahu caranya.
lihat saja, untuk luahkan apa sebenarnya perasaaan aku ketika ini pun agak payah di sini. [heh lagi]


dan kali ini aku mahu jujur.
walau se-aktif mana pun aku menyatakan
yang aku mahu berubah.
yang aku mahu menjadi lebih baik dari semalamku.
yang aku mahu itu aku mahu ini.
yang aku cuba ke arah itu itu semua.
kearah jalan Nya.

aku tetap.
aku yang sama.

sangat sadis.
sepertinya apa yang aku cuba lakukan tiada kesan kepada aku sendiri.
rasa yang macam sangat...
entah lah.




aku dalam kekeliruan yang nyata sebenarnya.
apa perlu untuk aku mencari diri aku dahulu kemudian mencari Dia
atau dengan mencari Dia aku akan jumpa diri aku?

------------------------

rasa aku sekarang sama rasanya seperti aku buat entri yang ini.

Comments

Baa said…
aku jugak terlalu mahu berubah.tapi.. terlalu ada banyak tapi
Bijen M. said…
Heh.
Dah kontek dah akak berseri baru kawen tu?
tufah. said…
bijen M,
dah dah.
dah join pun taklim tu hari tu hari.
terima kasih banyak banyak kenal kan dengan akak berseri baru kawen tu :)
dalilakadir said…
yang aku mahu berubah.
yang aku mahu menjadi lebih baik dari semalamku.
yang aku mahu itu aku mahu ini.
yang aku cuba ke arah itu itu semua.
kearah jalan Nya.


aku suka part ni..kita berubah untuk keredhaan Allah..aku pon :)

Popular posts from this blog

[170]

[74]