Posts

Showing posts from October, 2012

[169]

hujan. lebat. dan petir itu terus terpanah tepat ke hati. yang baru kembali pulang.

[168]

aku rasa. sudah sampai masa. aku berhenti menipu dan ditipu diri sendiri. kan?

[167]

dalam diam diam. dalam tak sedar. kita memilih. untuk dengar apa yang kita mahu dengar. untuk nampak apa yang kita mahu nampak. padahal. keberangkalian untuk apa yang kita nak dengar nak nampak itu. adalah salah. kita memilih.

[166]

jangan jadi zalim dengan diri sendiri.  - Tentang Dhiya dan untuk beberapa saat tadi. hah! itulah aku. menjadi kejam pada diri sendiri.

[165]

Image
*menangis*

[164]

seperti mana engkau jumpa manis dalam pahit-pekat-hitam kopi. begitulah aku sekarang. tapi. aku tak pernah suka minum kopi. motif bagitau? :)

[163]

kasihan. dan kasihan itu tidak tahu, patutnya dituju pada siapa. pada orang yang diketepikan. atau pada yang mengetepikan. bodoh bodoh kau mengejar yang dimimpi. sampai lupa pada yang realiti. kau guna konsep pandangan mata ke hadapan. sampai tak ingat pun nak jeling jeling sikit pada yang di sebelah. mata kita memang bukan macam mata arnab. tapi kita ada akal ada hati. pandang sekeliling dengan mata hati. kalau rasa hati menipu, akal ada. guna baik baik. bukan letaknya untuk biar bersawang.

[162]

tadi pagi aku terjaga.  aku pegang pegang dada.  serasa macam pelik. ah! berlubang! aku lihat cermin. mana? mana hati aku? tak guna! dah hilang! -------- hati aku. tertinggal di sana. jika tak mahu. pulangkan ke aku.

[161]

biarkan. biar bertebar kemana mana.  kerna sungguh. cuma ini yang aku ada.

[160]

sakit ini magis.  tak nampak.  tak tergambar.  tak tercerita.  tak dapat faham.  magis. yang berkepul kepul.  magis. yang sesak.  tulis ini juga sakit.  lihat.  sakit ini magis.  nak cerita.  nak gambarkan.  nak nampakkan.  nak fahamkan.  tapi tetap tak mampu.  sebab tu magis namanya.

[159]

hidup kau simple. biasa biasa saja. hidup kau tak se-dramatik orang lain. namun, kau yang paling mengeluh kuat. kau yang sering mengadu hebat. engkau bilang, "hidup aku tak patut begini!"   engkau persoal macam macam. rimas sama kau. rasa nak ketuk ketuk aje kepala kau. mana syukur kau? apa bodohnya kau, bila Tuhan sudah permudah semua. tapi kau. meminta bukan bukan jadi payah. eh! jangan nak berdrama sangat.

[158]

hari ini baru aku faham. kenapa akak manis yang aku kenal tak sampai sebulan, yang aku baru main sms dengan beliau dua kali, itu pun atas urusan bisnes, yang pada message nya kali ketiga bertanyakan "iman hari ini apa kabar? " masa baca mesej akak tu, aku jadi kaku. jadi kalut, 'ah! macam mana nak balas ni?' aku taip aku padam. aku taip aku padam. alih alih aku jujur, aku cakap aku tengah teruk. dan akak tu tak pernah lupa nak tanya tentang iman aku macam mana bila kami saling main sms. dan aku jadi suka tentang itu. hari ini baru aku nampak, apa penting nya persoalan tu pada diri sendiri. bila tiap malam sebelum tidur atau bila bila masa yang terluang, bertanya pada diri sendiri, 'iman aku macam mana hari ini?' buat kita sedar mana silap kita hari tu. dan kalau kita tanya tu, kita tak jumpa silap dosa kita, dia ajar pula kita supaya jangan rasa riak. benarlah. iman kita ada turun naiknya.

[157]

dulu aku percaya, jalan pada kejayaan. kau kena usaha banyak kemudian doa banyak dan berakhir dengan tawakal. ini yang aku pegang. masa aku tak matang. (ceh.. macam sekarang dah matang) kemudian aku fikir. macam tak betul aje benda yang aku pegang ini. usaha itu bagaimana? doa juga usaha. tawakal itu serupa doa juga. dan aku dapat tangkap dah. (heh lambatnya...) yang jalan untuk berjaya itu. kau kena ada usaha dan doa dan tawakal. kena seiring. kena sama sama. tak boleh ada didahulukan tak boleh ada terkemudian. tiap apa yang kau usahakan, perlu ada doa. biar permudah. tunjuk ini usaha yang betul. dan tawakal.

[156]

Image
untuk enam bulan sebelum, ini antara; benda buat kuat bila hancur.  benda buat peringat bila leka. dan biar lah jadi penguat jadi peringat sampai mati. ah aku rasa rindu aku rasa sayu pada semua cerita sepanjang enam bulan lepas.  lebih sayu dari rasa rindu aku nak balik rumah kemarin. kenapa?

[155]

gelap pekat malam. sunyi sendiri malam. buat aku rasa jauh. jauh dari serabut. buat aku jadi dekat. dekat dengan yang namanya tenang. aku jatuh cinta. aku jadi terlampau rindu. dan perlahan lahan mengharap, ayuh, lekaslah pergi siang.  ayuh, lekaslah pulang malam!  jika aku resah juga. aku selesa resah aku bertemankan malam. bagaikan semua rasa yang aku punya aku cuma mahu kongsi sama malam. aku jadi kedekut pada terang siang. dan gelap malam dengan cahaya sedikit. buat aku rasa, aku perlu untuk keraskan asa. buat aku nampak, untuk mengejar cahaya itu perlu jadi kuat. kuat tidak tenggelam dek larut gelap hilang arah. buat aku lebih rasa. hidup aku terlampau pendek untuk menjadi sia. peliknya. aku menulis tentang malam. dalam siang. saja bikin cemburu barangkali. Slim River, 1330

[154]

Image
aku jarang menconteng sesuatu dengan diinspirasikan sebuah lagu.  okay bukan jarang. tak pernah sebenarnya.  nah lagu nya.

[153]

aku hitung hitung enam bulan sudah aku  habiskan sekali lagi, di sini. enam bulan yang sekejap. dan untuk sekejap ini aku bilang bilang ini pertama kali aku lihat bulan senyum indah. sungguh. bulan malam terakhir. dan entah kan apa, mahunya aku membiar malam ini menjadi panjang. lebih panjang dari enam bulan yang sekejap rugi aku tidak rakam gambarnya.. .