29.11.12

[177]

ini kenangan. segala tulisan aku ada dalam tu sebelum aku ada blog. gambar ni kalau dah besarkan pun, takan boleh baca tulisan tu (kalau nak baca). sama ada sebab tulisan aku yang memang cenonet dan juga sebab tangan aku tak mahir nak amik gambar. 



ini benda lama. tahun 2009 tak silap. puisi nama jiwa cantik. puisi ini bukan permulaan segala. aku tulis pun masa tu sebab ter-inspirasi. ini bukan permulaan segala, tapi dari sini mulanya aku rasa, yang aku tak boleh berhenti dari menulis. menulis puisi mungkin.

apa rasa seorang budak enambelas tahun yang, yang sangat lah baru dalam dunia blog, yang tak tahu apa apa tentang puisi, yang menulis mengikut suka dia tiba tiba dia dapat emel dari seorang pemuisi perempuan, yang bercerita menjadi gagah dan sangat lah dikagumi kerana bakat nya? apa rasa? tak terucap. bila tengok nama akak tu terpamir kan emel aku aje, aku dah mematung depan laptop lama. belum kira berapa kali aku ulang baca. diingat kembali, aku masih hingusan masa tu.

ringkasnya, kakak tu cakap;
tolong, dik. 
jangan berhenti menulis. 
jangan takut jadi pelik. 
jangan gentar ikut suara jiwa.

jangan biar dunia telan jiwa kamu yang sangat cantik ini. 


rupanya dia perasan komen aku yang secebis di blog dia. dan kemudian dia baca pula tulisan tulisan aku. rasa aku tak terucap. sungguh ini kenangan istimewa.

terima kasih, kakak :)

28.11.12

[176]


masing masing, ada masa silam. 
antara kita mungkin ada, masa silam yang gelap. yang kalau mampu, nak disembunyikan menjadi rahsia. walau untuk diri sendiri. 

dan. bila tiba saat nya ditampar berkali kali dan menjadi sedar yang harus nya untuk berubah. menjadi lebih baik. semua rasa payah dan rasa tak rela dan rasa macam seorang seorang pun muncul. tiba tiba semua benda yang nak dibuat, benda baik yang nak dibuat rasa payah. tiba tiba rasa letih. lebih letih dari rasa nak buat jahat. 

dalam keadaan macam ni. hati memang perlukan makanan yang betul. salah pilih, boleh bawa penyakit. mungkin boleh bawa mati juga. menjadilah hati yang mati. 

dalam keadaan macam ni. diri sendiri kena lawan dengan diri sendiri. kaki kena betul betul pasak kat tempat yang dah diri. yakin dah tempat ni tempat yang betul. tak boleh tumbang. sebab bila dah tumbang, mungkin jadi lagi payah nak bangun balik. tambahan, bila tumbang ke dalam lubang yang penuh dengan emas berlian, yang rupanya palsu. 

untung sebenarnya mereka yang ada rasa payah ini. sebab manusia ini memang jenis makhluk pelupa. yang bila diberi senang sedikit, diberi gembira sedikit, terus lupa semua. sampai lupa pada yang memberi segala, Dia. jadi bila ada payah dan tambah pula dengan sedikit rasa hampir putus asa, buatkan manusia makhluk pelupa ini jadi ingat pada Dia. 

dalam keadaan macam ni. masing masing sebenarnya, dididik. dididik untuk terus yakin pada Dia. terus berharap pada Dia. dan terus cinta pada Dia. Allah Maha Esa. sebab tu perlunya hati sentiasa disantap dan disuapkan dengan makanan yang betul betul berkhasiat dan mengikut jadual. solat dan doa. perlu juga dijauhi dari mengambil makanan tambahan yang berupa perkara perkara lagha. ini kemudian menjadikan diri lebih kuat menentang rasa payah. 'payah' yang rupanya cuma bisikan syaitan yang buat diri berada dipersimpangan. kembali ke cerita silam gelap. atau kembali ke cahaya, jalan Dia.

----------

cuti ini. betul betul letakkan aku dalam keadaan yang payah tu. 
yang sampai semalam, aku tak suapkan hati aku dengan makanan yang betul. 
yang sampai semalam, aku tak pasak kan diri aku betul betul. tegap tegap. 
sampai semalam, aku menjadi goyang dan hati aku koma. nasib belum mati. 

sebulan lebih. bayangkan kalau dua bulan? sungguh. aku masih tak mampu kuat sendiri. 

dalam keadaan macam ni. satu lagi yang memang semua orang perlu: manusia lain yang bantu mengingat. 

hidup kita penuh dengan pencarian dan pilihan. ada nya manusia yang tepat dalam hidup untuk bantu ke jalan Dia, pilihan sendiri. ada  nya manusia yang salah membawa kedurjanaan, pilihan sendiri. semua bermula dengan pencarian. dan kemudian penemuan. 





cahaya kan pasti muncul selepas gelap yang panjang. nah sikit cenderahati :)


27.11.12

[175]



memang penghambaanku belumlah sempurna
segala nilai ibadah masih terpatri duniawi
segala nilai amalan masih terbetik pujian
Ya Allah tetapkan imanku untuk terus dijalanMu

23.11.12

[174]

i'm just out  to find 
the better part of me 

looking for special things inside of me




it's not easy to be me.

[173]

setelah sekian lamanya.
aku ini. masih. dan masih.

sesat di dalam bayang sendiri.

21.11.12

[172]

hati aku terlampau kecil untuk memuatkan seorang lagi manusia seperti kau.
tapi kenapa, kepala aku terlalu kosong sampai sempat memikir kau barang dua minit?

19.11.12

[171]

andai. memohon maaf berdepan itu mudah. buat aku.
andai. menundukkan sedikit ego itu aku mampu. 

andai. 
tubuh aku bergerak mengikut kata hati dan akal tidak menegah. dan. 
tubuh aku bergerak mengikut kata akal dan hati tidak menegah.

*tarik nafas dalam*



segalanya sia. 
kerana aku masih aku. 
yang maafnya cuma tersekat dikerongkong.


andai. ini semua mudah bagi aku.

14.11.12

[170]

bismillahirrahmanirrahim.

ya Allah.
jauhkan lah aku dari rasa putus asa dalam mencari dan menemu redha Mu.
berikan lah aku rasa sabar dalam mencari dan menemu redha Mu.





dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik
[Al-Ankabut:69]

8.11.12

[170]

dan aku.
memilih diam.

bahagianya aku punya seorang.
sakitnya juga aku punya seorang.

seorang. bersama sama Dia.

kerna Dia tak akan pernah membagi kecewa.
dan kerana. cuma Dia yang aku ada.







sampai mati.