[176]
masing masing, ada masa silam.
antara kita mungkin ada, masa silam yang gelap. yang kalau mampu, nak disembunyikan menjadi rahsia. walau untuk diri sendiri.
dan. bila tiba saat nya ditampar berkali kali dan menjadi sedar yang harus nya untuk berubah. menjadi lebih baik. semua rasa payah dan rasa tak rela dan rasa macam seorang seorang pun muncul. tiba tiba semua benda yang nak dibuat, benda baik yang nak dibuat rasa payah. tiba tiba rasa letih. lebih letih dari rasa nak buat jahat.
dalam keadaan macam ni. hati memang perlukan makanan yang betul. salah pilih, boleh bawa penyakit. mungkin boleh bawa mati juga. menjadilah hati yang mati.
dalam keadaan macam ni. diri sendiri kena lawan dengan diri sendiri. kaki kena betul betul pasak kat tempat yang dah diri. yakin dah tempat ni tempat yang betul. tak boleh tumbang. sebab bila dah tumbang, mungkin jadi lagi payah nak bangun balik. tambahan, bila tumbang ke dalam lubang yang penuh dengan emas berlian, yang rupanya palsu.
untung sebenarnya mereka yang ada rasa payah ini. sebab manusia ini memang jenis makhluk pelupa. yang bila diberi senang sedikit, diberi gembira sedikit, terus lupa semua. sampai lupa pada yang memberi segala, Dia. jadi bila ada payah dan tambah pula dengan sedikit rasa hampir putus asa, buatkan manusia makhluk pelupa ini jadi ingat pada Dia.
dalam keadaan macam ni. masing masing sebenarnya, dididik. dididik untuk terus yakin pada Dia. terus berharap pada Dia. dan terus cinta pada Dia. Allah Maha Esa. sebab tu perlunya hati sentiasa disantap dan disuapkan dengan makanan yang betul betul berkhasiat dan mengikut jadual. solat dan doa. perlu juga dijauhi dari mengambil makanan tambahan yang berupa perkara perkara lagha. ini kemudian menjadikan diri lebih kuat menentang rasa payah. 'payah' yang rupanya cuma bisikan syaitan yang buat diri berada dipersimpangan. kembali ke cerita silam gelap. atau kembali ke cahaya, jalan Dia.
----------
cuti ini. betul betul letakkan aku dalam keadaan yang payah tu.
yang sampai semalam, aku tak suapkan hati aku dengan makanan yang betul.
yang sampai semalam, aku tak pasak kan diri aku betul betul. tegap tegap.
sampai semalam, aku menjadi goyang dan hati aku koma. nasib belum mati.
sebulan lebih. bayangkan kalau dua bulan? sungguh. aku masih tak mampu kuat sendiri.
dalam keadaan macam ni. satu lagi yang memang semua orang perlu: manusia lain yang bantu mengingat.
hidup kita penuh dengan pencarian dan pilihan. ada nya manusia yang tepat dalam hidup untuk bantu ke jalan Dia, pilihan sendiri. ada nya manusia yang salah membawa kedurjanaan, pilihan sendiri. semua bermula dengan pencarian. dan kemudian penemuan.
cahaya kan pasti muncul selepas gelap yang panjang. nah sikit cenderahati :)
Comments