pernah tidak merasa, atau kita bercakap cakap sendirian, "okay. ini lah masa nya!"?
tak kira lah untuk apa perkara sekali pun. kita merasa seperti saatnya dah tiba. atau inilah masa yang paling tepat, yang betul. yang betul betul kita inginkan. dan berkobar gila gila. pernah? dan pernah juga ke alami, yang rupanya, segala masa yang kita rasa dah betul tu - dah paling tepat dah. rupanya masa yang salah. salah sama sekali. pernah?
dan masa yang betul yang ditunggu tunggu tu, datang tiba tiba. tanpa kita perasan pun. tanpa rasa apa apa. tanpa apa apa halangan. dan kita jadi lega. dan jadi senang hati. dan bersyukur sangat.
--------
mungkin ini bukan masa yang tepat.
tapi selagi tak bergerak, macam mana nak jumpa masa yang betul betul tepat tu, kan?
28.12.12
[186]
sepertinya dia
selalu senang keliru
sama hidupnya dia, dirinya dia.
serasa, apa yang dibuatnya kini,
apa betul betul benar?
sepertinya dia
merasakan kini ruang nya ini
bukan milik dia lagi.
ruang yang dahulunya menjadi teman
selalu memeluk pujuk - menyuruh sabar
selalu menyimpan semua rasa dan rahsia
yang dia rasakan paling selesa paling selamat
tapi untuk momen ini - tidak. tidak.
sepertinya dia dan ruang ini
menjadi sesuatu yang asing - jauh.
dan seperti dibilang tadi.
dia selalu senang keliru.
apa sebenarnya,
ruang ini yang menjauh
atau hati nya dia yang memang tidak betah lagi di sini.
selamat tinggal, Disember.
27.12.12
[185]
assalamualaikum awak awak :)
hari ini saya nak bercakap cakap tentang buku. padahal bukan hari ni, dah lama dah, siap buat reminder lagi nak tulis pasal entri berbuku. ok, apa ke benda nye dah ni. dan kenapa nak bersaya awak pulak ni? adoyai!
baik. kembali ke asal. ehem. rata-rata orang kalau cakap pasal novel dari seberang mesti kebanyakan nya novel nukilan Andrea Hirata atau tak pun Habiburrahman El-Syirazi (aku siap gugel nak eja nama dia ni haa). tapi aku tak pernahnya lah nak terbaca novel mereka mereka walau pun aku tengok je Laskar Pelangi tu, Ketika Cinta Bertasbih tu. dan memang best lah ceritanya. entah nanti nanti lah aku rajin aku pergi beli.
okay. pernah dengar tak nama Tere-Liye? hah hah hah, aku suka dia. sangat.
hah ni lah novel yang aku nak cakap kan tadi. hehe.
perlu dinyatakan di sini yang sebenarnya aku tak pandai pun nak buat review pasal buku. heh.
Bidadari Bidadari Syurga berkisah kan tentang pergorbanan seorang kakak buat adik adik nya, yang sebenarnya bukan adik adik nya pun. mungkin orang akan cakap, alah macam cerita biasa biasa. balek balek pengorbanan. habis tu yang balek balek cerita kahwin paksa tu tak pertikai pulak, huh? eh, tetiba je nak emo kejap. ya, mungkin novel ni sama aje dengan cerita cerita pasal pengorbanan yang lain. tapi, sebab Tere-Liye yang tulis, dia jadi... lain.
ayat ayat dalam novel ni, memang ayat biasa. bukan nya ayat bombastik atau puitis sangat atau apa. ayat ayat biasa. tapi disusun atur menjadi sesuatu yang macam, luar biasa. ya, Tere-Liye bijak menarik aku untuk terus baca dan baca dengan cerita dia. dalam jenaka nya, ada nasihat. dalam syahdu nya, ada kegirangan.
novel ini ajarkan aku cinta. sungguh.
---------------
sebelum ni, aku pernah cakap pasal novel dia yang lain [klik sini]. kalau aku sarankan yang kawan perempuan aku untuk baca Bidadari Bidadari Syurga, kawan lelaki aku akan saran kan yang Rembulan Tenggelam di Wajah Mu. alah padahal dua dua pun boleh je sesiapa nak baca. dan aku pun bukan nya ada kawan lelaki pun nak saran sarankan sebenarnya. haha. aku baru ada dua je novel Tere-Liye ni. dan ya, misi aku nak kumpul semua novel novel dia. pesta buku nanti aku akan pergi serang PTS. tu pun kalau duit mencukupi. hehe. dan sini, kalau nak jenguk fesbuk nya Tere-Liye. sungguh bahasanya indah.
ouh lupa, Bidadari bidadari Syurga ni baru aje difilemkan di Indonesia sana 6 Disember lepas :)
Dengarlah khabar bahagia ini.
Wahai, wanita-wanita yang hingga usia tiga puluh, empat puluh, atau lebih daripada itu, tapi belum juga menikah (mungkin kerana kekurangan fizikal, tidak ada kesempatan, atau tidak pernah 'terpilih' di dunia yang amat keterlaluan mencintai harta dan penampilan wajah). Yakinlah, wanita-wanita solehah yang sendiri, namun tetap mengisi hidupnya dengan indah, bersedekah dan berkongsi, berbuat baik, dan bersyukur. Kelak di hari akhir sungguh akan menjadi bidadari-bidadari Syurga. Dan khabar baik itu pastilah benar, bidadari Syurga parasnya cantik luar biasa.
- Bidadari Bidadari Syurga
- Bidadari Bidadari Syurga
26.12.12
[184]
berasalkan cuma satu titik kecil. kemudian merebak ke seluruhnya. bagai virus yang tak termampu dilawan. dan. akan terus menjalar bila dikongsi sama.
kasih.
-----------
dahulu. aku selalu menconteng. ini contengan yang ke berapa pun tak tau. kertas asal nya pun dah hilang. sayang. nasib sempat dirakam. sekarang, dah ditarik. aku tak mampu lagi menconteng walau seorang orang lidi. ada hikmah. cuma Dia yang tahu.
ouh. aku ada buat blog khas untuk segala contengan aku lama dah dulu. nanti aku pindahkan semua nya ke sini. bila bila kalau aku teringat lah :)
[183]
sepertimana kau lihat gugurnya dedaun dari pohonnya, begitulah aku.
kuning.
kering.
sendiri.
sepi.
punah.
ranah.
tercebis.
terbiar.
terbiar.
oleh orang orang lalu lalang.
oleh hati hati tidak sudi.
tapi bukan Dia. kekasih agung.
kuning.
kering.
sendiri.
sepi.
punah.
ranah.
tercebis.
terbiar.
terbiar.
oleh orang orang lalu lalang.
oleh hati hati tidak sudi.
tapi bukan Dia. kekasih agung.
25.12.12
[181]
aku tatau ini anugerah atau apa.
aku pernah katakan yang dengan mudah nya masalah boleh hilang dari dalam kepala aku. ini memang sesuatu yang baik atau yang buruk aku pun tak tahu lah. bagaimana aku boleh lupa pada masalah yang melanda dengan mudah nya? aku pikir sekejap, kemudian aku menangis sekejap (ya, aku memang kuat. kuat menangis. heh.), kemudian aku pun tertidur - sebab dah penat menangis. kemudian aku bangun, dan
poop!! aku macam manusia baru yang tak ada masalah apa apa. macam manusia yang dah hilang ingatan pada masalah masalah tadi.
tapi sekarang dah jadi lagi kronik.
sebab aku bukan saja lupa pada masalah. aku lupa juga pada kenangan.
sama ada kenangan yang mencipta genangan mahu pun kenangan yang mencipta kegirangan.
aku tatau ini anugerah atau apa.
kasihan aku. heh.
aku pernah katakan yang dengan mudah nya masalah boleh hilang dari dalam kepala aku. ini memang sesuatu yang baik atau yang buruk aku pun tak tahu lah. bagaimana aku boleh lupa pada masalah yang melanda dengan mudah nya? aku pikir sekejap, kemudian aku menangis sekejap (ya, aku memang kuat. kuat menangis. heh.), kemudian aku pun tertidur - sebab dah penat menangis. kemudian aku bangun, dan
poop!! aku macam manusia baru yang tak ada masalah apa apa. macam manusia yang dah hilang ingatan pada masalah masalah tadi.
tapi sekarang dah jadi lagi kronik.
sebab aku bukan saja lupa pada masalah. aku lupa juga pada kenangan.
sama ada kenangan yang mencipta genangan mahu pun kenangan yang mencipta kegirangan.
aku tatau ini anugerah atau apa.
kasihan aku. heh.
23.12.12
[179]
pagi tadi.
aku kalah pada marah.
terus sabar aku jadi sia.
dan aku.
dihukum bisu.
ironinya.
aku mahu.
terus menjadi bisu.
biar tiada hati menjadi sakit. lagi.
22.12.12
[178]
Sungguh, lelaki dan perempuan muslim, lelaki dan perempuan mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar. [Al-Ahzab : 35]
lelaki dan perempuan. tempat nya sama disisi Allah. selagi kedua nya beriman dan beramal soleh pada Nya.
Subscribe to:
Posts (Atom)