[181]

aku tatau ini anugerah atau apa.

aku pernah katakan yang dengan mudah nya masalah boleh hilang dari dalam kepala aku. ini memang sesuatu yang baik atau yang buruk aku pun tak tahu lah. bagaimana aku boleh lupa pada masalah yang melanda dengan mudah nya? aku pikir sekejap, kemudian aku menangis sekejap (ya, aku memang kuat. kuat menangis. heh.), kemudian aku pun tertidur - sebab dah penat menangis. kemudian aku bangun, dan
poop!! aku macam manusia baru yang tak ada masalah apa apa. macam manusia yang dah hilang ingatan pada masalah masalah tadi.


tapi sekarang dah jadi lagi kronik.

sebab aku bukan saja lupa pada masalah. aku lupa juga pada kenangan.
sama ada kenangan yang mencipta genangan mahu pun kenangan yang mencipta kegirangan.



aku tatau ini anugerah atau apa.



kasihan aku. heh.

Comments

AdinataGus said…
Lupa pada kenangan yg membawa genangan tak bolehjuga,sbb nanti itu yg buat kta kuat.Lupa kenangan yg gembira juga x boleh sebab itu buat kita belajar menghargai.
tufah. said…
aku tak nak lupa. tapi dia.. hilang. sendiri. itu yang buat aku sedih gila.

sebab aku tak nak lupa, tapi aku lupa.

Popular posts from this blog

[170]

[74]