[226]
"Faiza gigih sangat, saya terharu melihat ikhlasnya Faiza". Kata Din.
"Hutang kena bayar... Jaja tak nak menyusahkan Din di akhirat nanti".
Burhanuddin tidak tahu ingin menyampuk yang bagaimana. Kenapa Faiza pandai sahaja membuat hatinya senang dengan segala kata-katanya.
"Tak tau la umur Jaja ni panjang ke dak, kalau nak bertagak-tagak, Din".
- Jaja & Din, Noor Suraya
pernah baca? aku baru aje baca dua bulan lepas. padahal novel ni novel lama dah. bahasa Noor Suraya selalunya indah bagi aku. masa aku baca, kawan aku sorang duk ingat aku baca buku cerita kanak-kanak, sebab cover dia. eh? haha. setengah orang kalau beli novel memang akan tengok covernya. tapi kalau aku tak kisah sangat pun. memang lah dengan cover dia yang selalu akan buat aku terpanggil untuk beli, tapi bila aku baca blurp nya atau sinopsis nya macam tak best, tak capai jugak aku.
ok dah. novel ni kelakar. dan comel sangat :) tapi kelakar kelakar dia, ha amik! ada juga part yang mengharukan sehingga mengalir air mata. terharu dia bukan terharu yang biasa biasa. dia terharu yang bahagia. indah. novel ni indah :)
berbaloilah beli. dan baca. sebab boleh dapat ilmu baru jugak. barulah bagi aku. macam kenapa nak kena ada tanda titik dalam huruf arab. ada kisah pasal Atiqah binti Zaid, yang aku tak pernah dengar pun namanya sebelum ni. ada ajar macam mana nak kira berapa banyak kita kena 'bayar hutang' kita kat Allah.
dan sebenarnya, itulah pun point utama yang aku nak cakapkan. tentang bayar hutang. tentang tanggungjawab pada Dia. macam yang tadi Jaja ada cakap dia tak nak menyusahkan Din kat akhirat nanti. sebab apa? sebab Jaja tu sekarang dah bawah tanggungjawab Din, suami dia. jadi apa silap yang dia buat, Din pun terkena jugak tempiasnya. akan kenal soal jugak nanti kat Sana. kalau Jaja ada buat salah, dan Din tak tegur, Din pulak yang dipertanggungjawabkan. kesian suaminya.
macam kebanyakkan anak dara sekarang, ok tak banyak pun lah sebab aku pun dengar dari dua tiga orang aje, yang duk cakap, "alaa.. nanti aku dah kawin lah baru berubah, kalau dak sian laki aku". wahai! tahu tak yang bila kita ini perempuan yang belum berkahwin, kita ini dibawah tanggungjawab ayah ayah kita? tak kesian ka dengan ayah kita, kut esok kena soal siasat lama lama disebabkan kita. TT_TT sedih sangat kalau ada yang cakap macam ni. padahal ayah tulah yang ada dengan kita dari kecik. tapi tup tup, duk kesian kan kat bakal suami yang tak tahu siapa lagi tu. sedih lagi.
"tapi ayah saya pun bukannya baik sangat. lagu mana?".
ok ini kita cerita hari lain. eh?
tak lah. kita, dah besarkan. dah mumaiyiz, boleh tahu mana baik mana buruk. mana betul mana salah. tahu hukum. kalau tak, takda lah kita duk nafikan. dah arif dah tentang hal hal ni. bila dah tahu dah jadi tanggungjawab. kena lah tanggung supaya mudah kita menjawab di sana. dan jadi anak, anak yang baik, kita bantulah jugak mak ayah kita untuk lunaskan tanggungjawab dia orang.

kena utamakan tanggungjawab yang utama. sebagai Islam, dah tentu tentu tanggungjawab pada Allah. sebagai anak, kepada siapa lagi kalau bukan mak ayah. yang di soal pada kita nanti tentang tanggungjawab kita pada orang tu, apa yang kita dah lakukan pada dia. bukan apa yang dia dah lakukan pada kita.
ingat tak kisah pemuda masa zaman Nabi Musa a.s? yang akan berjiran dengan Nabi Musa di Syurga. pemuda yang beribubapakan seekor khinzir. rupa ibu bapa nya ditukar manjadi rupa khinzir yang sangat hodoh kerana dosa mereka. tapi anak dia orang, pemuda tadi tu tetap buat baik, lunaskan tangunggjawab dia sebagai seorang anak. tiap tiap hari dimandikan mak ayah dia, tiap tiap hari didoakan keampunan buat mak ayah dia. dan atas sebab itu, dia diangkat jadi anak yang soleh dan hidup berjiran pulak dengan Nabi Musa di Syurga. SubhanAllah!!
sambung pasal tadi. hutang yang Jaja gigih nak bayar, adalah hutang solat yang dia tinggalkan dahulu. adat berhutang, kenalah bayar. kan? :)
untung jadi perempuan ni sebenarnya. kan? sebab sentiasa ada orang yang di atas kita dahulu untuk sentiasa ingatkan kita. ada orang yang lindung kita. dan nah, ini antara buku buku lain yang boleh baca jugak untuk kita kita;

- Maryam: An Examplary Muslim Woman - Harun Yahya
- Aisyah Keanggunan Sejati - Sulaiman An Nadawi
- Syahadah Gadis Ateis - Imran Haaz
semoga kita, menjadi hamba Nya yang terpilih untuk lebih dekat pada Dia :)
Comments