Posts

Showing posts from June, 2014

[237]

nikmat Ilahi ada di sekeliling tiap-tiap insan, ada di dusun, ada di kota, ada di gunung dan ada di lurah, ada di daratan dan ada di lautan.  tetapi nafsu tiada merasa puas, atau tidak ingat nikmat yang dikelilingnya itu, dia hanya melihat kekurangannya. yang senantiasa diperhatikannya ialah nikmat yang ada di tempat lain, dan pada tangan orang lain. kelak kalau dia ada kesempatan pindah ke tempat yang dilihatnya itu,  dia menyesal dan dia teringat pulang  iaitu pada hari yang tiada berguna padanya penjelasan lagi. - Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, HAMKA. buku cerita, malah apa jenis buku pun, bukan lah 'menu wajib' waktu kecil aku. hobi membaca pada Kad 001 adalah sekadar untuk mengisi borang. baru nampak bijaksana dan bestari sikit. tak kan lah pulak nak tulis hobi: main lego, nyorok nyorok dsb. aku adalah antara ramai budak sebaya yang hanya memenuhi ruang plot di buku NILAM dengan menyalin sinopsis belakang buku. setiap tahun buku NILAM aku memang akan bertukar,...

[236]

ke hadapan Laila, ini, entah kan surat yang ke berapa. cuma nya kali ini, aku mahu ia dipapar umum. walau engkau di mana mana, aku mohon engkau terus hidup sejahtera. menemui engkau adalah doa aku. mengenali engkau adalah harapan aku. doa dan harapan yang tak pernah pudar. bagaikan anak kecil yang menangis meminta perhatian bundanya, begitu lah aku yang merayu pada Tuhan agar dikirimkan engkau buat aku. menjadi pahlawan aku. menumpangkan bahu memujuk aku. memeluk aku dikala dingin. meminjamkan secebis cahayamu untuk terangi gelap ku. Laila, usah gusar. walau di mana mana engkau berada, aku ini akan tetap setia menunggu. kerna aku yakin benar. Tuhan pasti kirimkan engkau ke aku. dan pada waktu itu, sapa lah aku, "Assalamualaikum. saya lah malam yang awak rindui." yang benar, aku yang merindui.

[235]

berada di takuk lama. sampai bila? tahu cara. tapi tingkah berbeza. patah asa. hilang daya. [padahal usaha sejemput] masih di takuk lama. sampai bila?

[234]

Image