15.2.15

[253]

manja dan mengada-ngada, pengamatan aku, benda dua ni berbeza. contoh, mengada-ngada macam anak buah aku yang suka buat muka mengada-ngada, kejap nak minta dukung kejap tak nak haha. manja, contoh bila mak ayah duk manja kan lah anak dia tu sampai anak dia tak pandai buat satu apa kerja pun sendiri walau umur dah layak amik lesen motor.

benda manja ni benda paling serius. sebab kalau benda mengada-ngada ni, macam contoh tadi aku bagi, kalau kita tak layankan, dia pun tahu penat. aku selalu buat kat anak buah aku hahaha. jadi tak berapa nak serius sangat berbanding manja tu.

dan bagi pengamatan aku lagi, benda manja ni boleh dikurangkan bila adanya keadaan yang memaksa. anak yang manja tadi mungkin boleh dikurangkan kemanjaan dia tu, bila mak ayah sendiri yang paksa diri mereka untuk paksa anak diaorang masuk sekolah asrama penuh. mungkin. tapi key point nya adalah paksa.

------------

hati aku manja. 
dan ada sedikit ego.

maka Ya Allah, 
Kau paksa lah aku. 
pasak kan aku pada keadaan yang memaksa.

memaksa hati aku untuk sentiasa ingat Kau. 
memaksa jiwa aku untuk tambah cinta pada Kau.  

kerana sungguh, aku dah tak tahan dengan hati aku yang manja ini.




keikhlasan wujud daripada keterpaksaan. - unknown

12.2.15

[252]

apabila kau rasa sedih dan kau tak boleh nak luahkan... benda tu akan jadi satu perkara yang kau akan ingat sampai bila bila. apabila perkara tu terkumpul dengan perkara perkara sedih yang lain.. kau tau tak, sakit? dan masa tu, kau menangis macam mana pun, rasa sakit tu takkan kurang.  - Lisa, Tentang... Dhiya.


masa lalu tak pernah hilang. 
dia ada tiap masa, walau pun kita tak sedar. 
walau pun kita lupa kan macam mana, dia ada. 
ekori kita walau ke mana pun. 

terutama masa lalu yang sedih. 
terutama masa lalu yang tak diluahkan. 

tahu bila dia muncul balik? 
bila kita tengah sedih dengan keadaan kita yang sekarang. 

masa ni, semua rasa yang lepas lepas. 
semua memori yang kita yakin dah hilang. 
akan bermain di depan kita, satu satu. 

dan kita sakit. 
kita rasa menyampah. 
kita rasa marah. 

marah sebab kita tengah sedih, 
tapi dia pun sibuk nak muncul jugak. 


dan masa ni, kita menangis macam mana pun, 
semua rasa tu tak nak lepaskan kita. 

9.2.15

[251]

kadang, kau menulis bukan untuk orang lain baca. 
tapi mungkin lebih pada cara kau nak luahkan semua rasa.
- ayat orang.

aku tambah,
...dan kalaupun bukan untuk orang lain baca, 
tapi untuk kau yang di masa hadapan. 


ini. sebab aku menulis.

boleh saja nak tulis dalam jurnal tanpa perlu dipapar umum.
tapi kenapa kita kadang pilih untuk tulis di blog? atau facebook?

satu, mungkin benda yang sama jadi dekat orang lain.
lalu orang lain tu boleh guna dan jadikan iktibar. atau bagi semangat dekat kita.

dua, macam yang aku cakap tadi. untuk bagi diri sendiri yang pada masa depan baca. macam reminder. bila dipapar umum, jadi takut untuk buat benda yang berlawanan daripada apa yang dah ditulis.


kemudian akan ada pula yang cakap,
kenapa kena meluahkan rasa pada umum? sorang sorang pada Allah, tak boleh ka?

*pause*

nak jawab apa? kalau ada orang tanya depan depan macam ni nak jawab apa?


pernah tak rasa macam ni,
yang mana bila lepas saja habis solat, dan kau tadah tangan, berdoa, mahu meluah segala rasa pada Maha Kuasa, padahal kau tahu dah yang Dia tahu segala, kau tadah tangan tapi apa yang kau nak doakan, apa yang kau nak luahkan, tak terkeluar. walau pun dalam hati. hati kau tak ada rasa apa. dan kau rasa sedih sangat sebab tak dapat lepaskan apa yang kau rasa. kau rasa sedih sebab apa yang kau nak adukan, tak terkeluar. dan kau nak menangis. tapi air mata kau pun tak sanggup nak keluar.

pernah rasa?

4.2.15

[250]

mari kita membedah buku hari ini. eh tidak, aku tak nak cakap pasal buku atau novel. aku nak cakap pasal penulis buku. jadi yang sepatutnya adalah, mari kita membedah penulis buku hari ini. hahaha tak kena langsung. okay. abaikan apa yang tak penting.

ada orang baca buku atau novel sebab minat pada genre nya. orang lain pulak mungkin sebab plot nya. dan orang yang lain lagi mungkin sebab penulis nya. dan aku jatuh pada yang ke tiga. jujur, aku bukan jenis yang rajin sangat nak baca review orang pasal buku ni, buku tu. tapi aku rajin masuk kedai buku dan rembat apa apa je buku walau pun aku tak rancang pun nak beli. a'ah aku memang akan membazir kalau bab beli buku. sebab ada aje buku yang aku beli tiba tiba tapi buku tu tak best pun. ada aje buku yang aku baca sekerat. membazir betul.

cuma satu. tiap kali masuk kedai buku benda pertama aku cari novel baru dari penulis penulis yang aku suka. sebab walau apa pun kisah novel dorang aku akan beli, aku akan kumpul. contoh, macam Syud. tulisan dia ada banyak dalam novel kompilasi. jadi aku akan beli novel kompilasi tu demi untuk baca tulisan dari dia. orang lain punya yang ada sama dalam tu, kalau kenan di hati habislah aku baca, kalau tak tak lah. itu kira membazir jugak ke? haha tak nak tahu.

aku suka Syud sebab apa yang dia tulis pasal kita kita. maksudnya tentang rakyat marhein. tentang apa yang jadi kat orang yang biasa biasa. dan latar belakang tempat sekitar johor-kl, yang mana aku boleh bayang dalam kepala tempat tempat sekian.

aku suka Noorsuraya sebab bahasa dia. aku selalu rasa bahasa yang Kak Su guna tu indah. sangat. cerita dia macam ada kelembutan. macam gaya ibu ibu. sama macam Tere Liye, penulis dari seberang. bahasa mereka sangat indah. menegur dengan penuh kelembutan. ada rasa kesederhanaan. ada rasa ketenangan. haa macam tu.

aku suka wani ardy. tak payah cakap sebab apa. aku pun tak tahu. orang kalau suka orang lain tak perlukan sebab kan sebenarnya. dia just, suka. apa yang wani tulis, itu yang aku suka. apa apa pun. dan hari tu aku ada peluang jumpa dia depan depan tapi aku lepaskan peluang tu. bila kau jumpa orang yang kau kagum, kau akan jadi tak tahu nak buat apa depan dia. tu lah aku.

ouh dan. Rin Ahmad. penulis yang jadi sebab aku tulis entri ni. sebab aku baru habis baca novel baru dari dia, Bimbo. apa Bimbo bimbo ni? beli lah dan baca. haha. kan aku ada cakap aku ni dulu kuat benar judgemental nya. aku kurang suka sikit baca novel cerita tentang orang orang yang berada ni. macam tak masuk dalam jiwa. macam haih payah lah nak cakap. prejudis lebih aku ni. tapi rin ahmad berjaya ubah apa yang aku rasa. dengan penulisan dia. yeay! aku tahu rin ahmad, dari first novel dia, Untuk Semua Dosaku. masa tu kakak aku yang mintak tolong belikan. aku tak sangka itu tajuk novel, aku ingat kan buku motivasi ke apa. aku baca dan aku terus tertarik dengan rin walau pun aku bukanlah follower blog dia.

satu persamaan penulis penulis ni semua, novel dorang ada ilmu. bukan cerita fantasi yang semata mata untuk menghiburkan hati. aku rasa jadi penulis memang itu tujuan nya kan? untuk beri ilmu pada orang yang membaca. jadi makna nya, aku bukan lah penulis. perapu mungkin. hahaha tiru ayat orang selamba aje. ouh kalau suka baca novel tolong lah pergi blog ni jugak [klik sini].




aku baru balik dari langkawi. orang lain duk borong cokelat lah corelle lah, aku rembat novel Bimbo aje. jauh berjalan novel tu. nampak sangat hati aku jatuh pada buku.