[352]

Aku sedih. 
Aku marah. 
Dan aku tahu. 

Saatnya nanti ditarik nyawa. 
Berpisah jiwa dan raga .
Diletakkan aku menghadap Engkau.

Saatnya itu bila dibukakan tanganku, 
pasti tiada apa. 
Tiada apa. 

Tiada apa untuk aku tunjukkan, 
walau sekelumit bukti. 
Tiada sekelumit bukti. 
Tentang perjalanan aku kepada Mu. 

Kerana walau sedalam mana aku sedih.
Kerana walau sekeras mana aku marah. 
Aku tahu, kaki aku tidak pernah cuba 
melangkah 
mengubah arah. 

Comments

Popular posts from this blog

[170]

belon terbang