[387]
ada orang menulis, sebagai bukti hidupnya diri pada hari itu.
ada orang menulis, menyimpan perasaan dan memori untuk hari mendatang.
ada orang menulis, menyatakan kekecewaan dan harapan.
ada orang menulis, demi bacaan dan peringatan yang lain nya.
ada orang menulis, kerana apa yang dilihat dan dirasa,
tidak mampu
diterjemah menjadi sebutir kata pengucapan.
dan aku menulis. aku menulis,
mungkin untuk kesemua-semua di atas.
sambil-sambil masih mencari,
apa sebenarnya aku ini.
Comments