Posts

Showing posts from 2022

[429]

Kerananya aku sudah jarang membaca mu,  Maka aku juga sudah kurang menulis.  Kerana rupanya tulisan-tulisan ku sebelum-sebelum ini,  Hanyalah untuk membalas tulisan-tulisan mu. 

[428]

Sungguhpun sedang lebat hujan  turun membasahi hati mu,  Sungguhpun guruh berdentum  menggusar-resahkan jiwa mu,  Semoga nanti-nanti --  Hasil tiap titisan hujan itu semua  Wujudnya setaman penuh berbunga indah.  Lantas menutupi --  Langsung tiada terkesan,  Segala luka-luka kamu dahulu. 

[427]

Kerana nya sejak dari kecil  Aku hanya belajar untuk berlari.  Dan jatuh berkali.  Kemudian lari lagi.  Lari mengelak.  Lari daripada masalah.  Kerana nya sejak dari dahulu  Aku hanya tahu itu.  Tidak pandai untuk menghadapi. Apa lagi hendak menyelesaikan.  Kerana nya aku sejak dari dahulu  Tidak pernah berubah. Masih yang sama seperti hari ini.  Pengecut. 

[426]

selalunya dahulu aku menjadi jambatan untuk memahamkan apa maksud hati sebenar-benarnya. hari ini aku menjadi jambatan untuk memperjelaskan kemahuan yang, aku sendiri tidak jelas kebenaran nya. 

[425]

If it is hard for you  It is hard for me too  We are in the same wrecked ship, remember?  But why I feel like, you have that rescue boat to keep you safe to land, while I only have this orange lifebuoy?

[424]

29 years old  and I am still a coward  Almost 30  and all I wish I was 3 again 

[423]

Sekurang-kurangnya,  awak masih punya bahu untuk bersandar sebentar.  Untungnya.

[422]

Lari. Berdiam.  Bawa diri.  Pujuk diri.  Awak boleh buat semua itu.  Dan bila masa menyembuhkan,  awak boleh kembali.  Awak boleh lari,  dan kembali.  Untungnya. 

[421]

Aku tahu, aku tak pernah menjadi yang terbaik.  Sebab aku tak pernah pun buat yang terbaik.  Segala apa yang aku lakukan, tak pernah pun capai tahap yang aku boleh katakan, aku dah buat sehabis mampu. Sebab aku sendiri tahu, tak, aku tak pernah buat sehabis mampu aku.  Aku hanya tahu buat sekerat jalan.  Aku hanya, "asal buat jadi lah".  Aku tak pernah jadi yang terbaik.  Tapi dalam pada setiap saat itu, Allah tak pernah juga tinggalkan aku.  Untuk aku yang tak baik ni, Allah bagi banyak benda-benda baik.  Aku tak tahu nak minta macam mana lagi, sebab rasa dah banyak sangat meminta, tapi tetap aku tak pernah bagi yang terbaik.  Tapi Ya Allah, untuk esok-esok ni, berilah apa yang terbaik untuk aku. Untuk keluarga aku. Untuk kehidupan kami akan akan datang.  Sekali lagi, bantu lah aku.
no but im really tired.  penat. sangat.

[420]

Dia pun tidak pasti sejak bila.  Belah kiri dadanya sakit.  Dia robek-robek tiap kali.  Dia robek-robek lagi.  Dan lagi.  Malam ini, belah kiri dadanya sakit lagi.  Dia robek-- eh sudah tiada?  Tapi dadanya belah kiri, sakit.  Dia pun tidak pasti sejak bila, dia berjalan dengan dada berlubang. 

[419]

"Kau tak boleh lari dari diri kau dengan pindah dari satu tempat ke tempat yang lain."  Ini yang aku dah buat.  Aku pindah.  Sebab aku harap, aku boleh jadi lain. Jadi yang lebih baik. Sebab aku selalu cakap dekat diri sendiri, atau cuba menangkan hati sendiri yang, aku perlukan keterpaksaan untuk bergerak, atau buat sesuatu. Sesuatu yang lebih baik.  Tapi ini, selepas nak dekat sebulan. Sungguh aku taktahu. Betul ke? Is this really the best thing I can do? The best thing for me?  Macam mana nak tahu? Kat usia aku sekarang untuk try and error, masih relevan lagi ke?   Aku sekarang ni macam menyeksa diri sendiri. Macam sengaja bagi diri sendiri bertambah penat. Untuk apa? Aku nak lari dari apa sebenarnya? Aku nak apa?  Will future me regretting what I have done today?  Will future me forgive me for what I have done today?

[418]

Sungguhpun sedang lebat hujan  turun membasahi hati mu,  Sungguhpun guruh berdentum  menggusar-resahkan jiwa mu, Semoga nanti-nanti -- Hasil tiap titisan hujan itu semua,  Wujudnya setaman penuh berbunga indah.  Lantas menutupi -- Langsung tiada terkesan,  Segala luka-luka kamu dahulu. 

[417]

Aku diuji oleh perkara yang aku tidak diuji. 

[416]

Sangat tidak best bila memori yang kita taknak ingat yang datang bertubi-tubi tanpa belas ihsan tetapi memori yang kita nak ingat kita tak dapat nak ingat-ingat walau dah macam-macam cara kita buat.

[413]

Aku perlu mencari tempat membawa diri  Melarikan diri dari ketidaksempurnaan aku Melarikan diri dari yang dahulu untuk menjadi baru * Aku jumpa Aku menetap  Aku bergaul  Aku selesa  Aku bercerita  Tentang ketidaksempurnaan aku  Tentang aku yang dahulu Aku menjadi aku yang dahulu  Aku tidak menjadi baru Aku lupa  Tadinya aku cuma ingin melarikan diri  Tadinya aku hanya mencari untuk singgah  Ah sudah  Aku tak boleh selesa  Ini bukan tempat aku  Aku tidak boleh menjadi aku yang dahulu  Aku perlu menjadi baru  Aku perlu mencari tempat membawa diri  Melarikan diri dari ketidaksempurnaan aku  Melarikan diri dari yang dahulu untuk menjadi baru Ulang *

[412]

Seharusnya aku banyakkan menulis ketika senang, ketika bahagia. Makanya, tulisan-tulisan kebahagiaan itu semua mampu menjadi pengubat apabila lara tiba.  Dan, agar aku tahu menghitung syukur sebanyak-banyaknya. 

[411]

Sedang dia mengira-ngira bahagia; -- berapa perlu disimpan dalam tabung  -- berapa hendak dibelanja ke banyak orang  Dia didatangi seseorang. Dia mendongak. Dan tersenyum. Terasa seperti seluruh kebahagiaan dia  telah berganda dua. Maka, laju dimasukkan semuanya di  dalam tabungan.  Tabung diserahkan kepada seseorang itu. Tidak disimpankan untuk dia walau sedikit pun.  Tidak dibelanjakan kepada banyak orang pun.  Tabungnya dipecahkan seseorang itu.  Habis.  Bersepai.  "Alahai. Bodohnya lah dia", kata separuh dari banyak orang. "Aduhai, kasihannya dia", kata separuh yang lain.  Menangis lah dia memeluk tabung kesedihan.

[410]

Meski tapak tangan merah melecet  Meski kulit tersiat kerana mencuba  menggenggam erat tali  Meski sebegitu rupa kesakitannya Jangan biarkan aku jatuh ke gaung  Jangan diputuskan tali membuatkan aku jatuh ke gaung  Meski ketika kelihatan daya telah tiada  Jangan dibiarkan aku terlena

[409]

Tired being myself.  Penat masih di takuk lama.  Penat masih tidak  berganjak.  Penat kerana usahanya masih tak ada.  Masih cepat penat.  Masih tak ada semangat.  Penat ulang benda sama,  dan masih menjadi yang sama.  Penat cuba bangun - berjaya sekejap,  dan jatuh semula. 

[408]

Mungkin, aku yang belum bersedia.  Atau sebenarnya, aku yang tidak mahu?  Sebab itu aku tidak meminta.  Sebab itu aku tak pernah bersungguh.