[419]

"Kau tak boleh lari dari diri kau dengan pindah dari satu tempat ke tempat yang lain." 

Ini yang aku dah buat. Aku pindah. Sebab aku harap, aku boleh jadi lain. Jadi yang lebih baik. Sebab aku selalu cakap dekat diri sendiri, atau cuba menangkan hati sendiri yang, aku perlukan keterpaksaan untuk bergerak, atau buat sesuatu. Sesuatu yang lebih baik. 

Tapi ini, selepas nak dekat sebulan. Sungguh aku taktahu. Betul ke? Is this really the best thing I can do? The best thing for me? 

Macam mana nak tahu? Kat usia aku sekarang untuk try and error, masih relevan lagi ke?  

Aku sekarang ni macam menyeksa diri sendiri. Macam sengaja bagi diri sendiri bertambah penat. Untuk apa? Aku nak lari dari apa sebenarnya? Aku nak apa? 

Will future me regretting what I have done today? 
Will future me forgive me for what I have done today?

Comments

Popular posts from this blog

[170]

belon terbang