14.2.26

[495]

Paling Atas 

Antara kita dua 
Aku selalu merasakan 
Akulah yang paling menyayangi. 

Selalu merasakan yang cinta aku kepada kamu 
Lebih dalam daripada cinta kamu untuk aku. 

Selalu hendak menjadi juara, 
Aku lebih atas dalam membagi kasih dan sayang. 

Selalu menyatakan, 
Akulah yang paling banyak berkorban segala. 
Demi mencantikkan hubungan kita dua. 

Dan engkau tetap di situ, 
Tidak langsung mencuba membantah. 
Tetap di situ, terus mencintai. 

Tanpa aku sedar bahawasanya, 
Engkaulah selama ini yang paling mahu 
Paling melindungi mencantikkan kita dua 
Dengan tidak membantah aku. 

Dan kerana itu, 
Untuk kamu yang masih setia 
Tetap bersama aku yahg degil, 
Tetap diam membiar aku menang, 
menjadi ter-paling atas dalam apa pun, 
-- Terima kasih. 

Engkaulah yang layak menjadi paling atas.

No comments: