26.12.11

[102]

kutip kembali segala senjata senjata. 
pulih semula sayap sayap patah. 
sarungkan perisai.
lancarkan nafas. 
lajukan langkah.

askar ini. 
belum mahu pulang. 
belum mahu putus asanya.


sebelum ni, ada video nya. 
ini antara sebab kenapa saya hormat dia.


24.12.11

[101]

seperti selalu dahulu.
rungutan yang sering aku rungutkan.

"kenapa harus tiap yang baik aku lakukan tidak pernah dinampak yang lain?"


dan aku akan sakit sendiri. sakit bila mengulang rungutan semacam itu. nah contoh.
sehingga datang seorang yang tidak sengaja menulis sebaris ayat pada buku nota aku.
yang secara tanpa dia tahu, ayat dia itu sudah seperti kejutan elektrik bagi aku.
ayat yang mudah.

"biar kebaikan kita tidak dilihat penghuni di bumi, tetapi sentiasa dilihat penghuni di langit."


ya. dia berjaya menghentikan rungutan aku.
terima kasih :]

20.12.11

[100]

sang pahlawan,
salam sejahtera ke atas kamu.

dan moga kamu tetap berdiri di situ. 
tegap bila ditolak, kuat bila dihasut. 
lari lebih pantas dari biasa.
maju lebih hadapan dari aku.

dan tunggu aku di sana.
untuk bawa aku bersama ke Syurga Dia.

dengan izin Nya.


[99]

segala yang dihasrat
tapi tak didapat
adalah nikmat
yang paling padat
[a.samadsaid]

15.12.11

[98]

hey, mari sini.
mari pegang tangan sama aku.

kita nari sama sama dalam hujan.
kita gelak puas puas sama.
kita sama sama parah berdarah.
kita buat sama sama.
mari.

aku dan kamu.
kita memang kena sama sama.
kalau tidak, nanti aku sunyi.
kalau tidak, siapa lagi mahu pujuk aku?
kamu dalam aku.
aku sebelah kamu, tak apa.
nanti kalau kamu jatuh ke tepi,
aku kan ada.
kalau jatuh ke belakang, ke depan,
aku kan masih boleh sambut kamu.


hey, hati kamu itu
simpan ya?
jangan kasi pergi jauh dari aku.
biarkan dekat situ.
aku juga buat benda sama.


simpan hati aku untuk kamu. #senyum#