3.7.17

[294]

aku tak pernah bagitau kat sini, sepanjang aku di uitm seri iskandar sehingga lah ke uitm puncak alam, apa yang aku buat, course apa yang aku amik. kan?

aku amik akaun.

daripada dulu sampai lah sekarang aku tak benar benar pasti, adakah pilihan aku untuk amik akaun ni benar benar pilihan yang tepat.

tahu macam mana aku boleh tergerak nak taruh 'Perakaunan' masa isi UPU lama dulu? sebab hari sebelum result keluar tu aku istikharah minta Allah tunjuk apa yang terbaik. macam mana aku tahu apa petunjuk Allah tu dan apa yang terbaik? jujurnya, entah aku sungguh tak tahu. aku cuma tergerak untuk taruh Diploma Perakaunan UiTM dekat pilihan pertama setelah aku lihat LCCI aku dapat gred 1.

and the rest is history.

dan aku rasa syukur. syukur dapat belajar kat seri iskandar. satu tempoh dalam hidup aku, yang aku benar benar sayang dan rindu.

kemudian, sehingga lah hari ini, aku sudah masuk sem kedua kat INTEC, sambung amik ACCA pula.

dan sekali lagi, aku tak benar benar pasti tentang pilihan aku yang ini. sejak awal awal amik akaun dulu memang tak pernah terfikir pun nak sambung belajar sampai tahap professional.

sebab, aku tak pernah berimpian tinggi. aku adalah sejenis manusia yang tiada goal dalam kehidupan. tidak tahu apa yang aku benar benar mahu.

seperti dahulu, dan seperti keputusan keputusan yang aku putus kan dalam hidup, aku cuma ikut flow. ikut apa sahaja yang ada di depan aku. tidak pernah cuba mengejar apa yang tiada di depan mata.

adakah dengan tidak memiliki impian merupakan kelemahan aku? entah.

22.6.17

[293]

segala puji bagi Mu Ya Allah Tuhan sekalian alam. untuk entah ke berapa juta kali nya, segala syukur hanya kepada Mu, kerana dalam apa jua keadaan ku, Engkau tetap memandu aku agar kembali semula kepada Mu.

Maha Suci Allah, Tuhan Yang Maha Besar, jauh kan lah aku dari rasa lelah memohon ampun kepada Mu. kerana sesungguhnya Ya Allah, sungguh tiada lagi tempat yang layak aku tuju melainkan hanya kepada Mu jua.

Allahu Rabbi.

6.6.17

[292]

harapan tidak seharusnya membunuh.
merapuhkan hati, mematikan langkah.

sebaliknya,
dengan harapan, jiwa seharusnya teguh.
tetap teguh tegak terus terpasak.
terus percaya walaubagaimana sekali pun,
di hujung jalan gelap, akan ada cahaya.

harapan tidak seharusnya mematikan jiwa.

3.6.17

[291.2]

Nafas

Jangan memegang masa lalu.
Cukup cuma dibiar, tersimpan dalam memori.

Jangan terlalu bergantung harap dengan masa hadapan.
Merancang boleh, kerana tiada apa yang pasti.

Hidup dalam masa sekarang.
Hidup sehidupnya dengan penuh makna.

1.6.17

[290]

bagaimana aku benar pasti,
pilihan pertama adalah yang benar benar terbaik?
bagaimana aku mampu tetapkan untuk
tidak menyesal tidak memilih yang kedua?

tidak. aku tidak selalu pasti.
aku tak mampu untuk selalu tetapkan supaya bakal tiada penyesalan dikemudian hari.

tiada apa yang pasti.

aku memilih,
daripada menjadi terlampau keliru tentang ketidakpastian,
aku memilih untuk percaya dengan kuasa Tuhan.
aku memilih menyedapkan hati, penyesalan tidak akan membawa aku ke mana mana.

dan rahsia dari Nya adalah yang terpaling indah.