10.9.21
[404]
Walaupun masih ada lagi jawapan yang kita belum jumpa untuk persoalan persoalan kita, - mungkin ada sebab kita belum jumpa sekarang - tapi kita kena cari. Sebab setiap pencarian akan ada penemuan. Perjalanan dalam pencarian, juga akan beri suatu makna. Mungkin kita tak akan faham sekarang. Tapi, mungkin di suatu masa nanti kita akan faham. Di suatu masa yang dekat, atau mungkin lama lagi. Yang mungkin pada masa yang lama itu, kita pun dah terlupa pada persoalan, pencarian, perjalanan dalam pencarian kita ni tadi. Kita dah jumpa, tapi kita lupa yang kita pernah cari nya dulu.
9.9.21
[403]
Bagaimana cara untuk menunjukkan syukur? Untuk menzahirkan syukur?
Atau sudah cukup dengan hanya di dalam hati berkata,
"Ya Allah, aku syukur kepada-Mu"?
Atau dengan tidak bersungut-sungut itu,
menerima apa yang berlaku dengan berlapang dada,
itukah syukur?
Syukur dengan apa ada nya.
Dan syukur dengan apa yang tiada.
Bila dengan manusia, bagaimana mahu tunjuk rasa syukur,
yang kita masih ada orang itu di sisi kita?
Yang kita rindu itu.
Yang kita kasih itu.
Syukur masih diberi kesempatan bersama,
walaupun mulut tidak berbicara berdua.
Boleh kah begitu dimaksudkan syukur?
"Ya Allah bantulah aku sentiasa mengingati Mu.
Ya Allah bantulah aku sentiasa bersyukur kepada Mu.
Ya Allah bantulah aku sentiasa memperelokkan ibadahku kepada Mu."
Atau sudah cukup dengan hanya di dalam hati berkata,
"Ya Allah, aku syukur kepada-Mu"?
Atau dengan tidak bersungut-sungut itu,
menerima apa yang berlaku dengan berlapang dada,
itukah syukur?
Syukur dengan apa ada nya.
Dan syukur dengan apa yang tiada.
Bila dengan manusia, bagaimana mahu tunjuk rasa syukur,
yang kita masih ada orang itu di sisi kita?
Yang kita rindu itu.
Yang kita kasih itu.
Syukur masih diberi kesempatan bersama,
walaupun mulut tidak berbicara berdua.
Boleh kah begitu dimaksudkan syukur?
"Ya Allah bantulah aku sentiasa mengingati Mu.
Ya Allah bantulah aku sentiasa bersyukur kepada Mu.
Ya Allah bantulah aku sentiasa memperelokkan ibadahku kepada Mu."
[402]
tentang cinta dua insan
tentang kehilangan
aku tak ada cerita tentang hal-hal itu semua
tak ada kisah untuk dikisahkan
untuk dituliskan puisi, atau prosa tentangnya
aku tak pernah merasa hal-hal itu semua
maka nya aku tak tahu
yang aku ada
hanya ini- inilah
tentang kehilangan
aku tak ada cerita tentang hal-hal itu semua
tak ada kisah untuk dikisahkan
untuk dituliskan puisi, atau prosa tentangnya
aku tak pernah merasa hal-hal itu semua
maka nya aku tak tahu
yang aku ada
hanya ini- inilah
------------
dan yang sebenarnya,
walau aku punya cerita tentang hal-hal itu semua
bukan bermakna hal-hal itu semua haruslah dikisahkan
dibuat puisi, atau prosa
mana boleh. tak boleh begitu.
4.9.21
[401]
Masa telah membisukan kita.
Adakah aku yang telah terlewat?
Melengahkan masa, melepaskan peluang?
Untuk menghampiri mu.
Atau, kamukah yang sebenarnya mengelak?
Mempercepatkan langkah, melepaskan peluang?
Untuk kita kembali seiringan seperti dahulu?
Masa, telah membisukan kita.
Adakah aku yang telah terlewat?
Melengahkan masa, melepaskan peluang?
Untuk menghampiri mu.
Atau, kamukah yang sebenarnya mengelak?
Mempercepatkan langkah, melepaskan peluang?
Untuk kita kembali seiringan seperti dahulu?
Masa, telah membisukan kita.
30.8.21
[400]
The way we can see our own shadows, maybe because of the light from the people surrounding us. And they can see their shadows because of the light coming from us. And when its combine, the light would be so bright that even can make the shadows cannot be seen anymore. Can't be seen, but it's still there. And we start to realize that is not something bad. That it is part of us. And we just walk with it.
Subscribe to:
Posts (Atom)