Dan, agar aku tahu menghitung syukur sebanyak-banyaknya.
3.3.22
[412]
Seharusnya aku banyakkan menulis ketika senang, ketika bahagia. Makanya, tulisan-tulisan kebahagiaan itu semua mampu menjadi pengubat apabila lara tiba.
2.3.22
[411]
Sedang dia mengira-ngira bahagia;
-- berapa perlu disimpan dalam tabung
-- berapa hendak dibelanja ke banyak orang
Dia didatangi seseorang.
Dia mendongak.
Dan tersenyum.
Terasa seperti seluruh kebahagiaan dia
telah berganda dua.
Maka, laju dimasukkan semuanya di dalam tabungan.
Tabung diserahkan kepada seseorang itu.
Tidak disimpankan untuk dia walau sedikit pun.
Tidak dibelanjakan kepada banyak orang pun.
Tabungnya dipecahkan seseorang itu.
Habis.
Bersepai.
"Alahai. Bodohnya lah dia", kata separuh dari banyak orang.
"Aduhai, kasihannya dia", kata separuh yang lain.
Menangis lah dia memeluk tabung kesedihan.
[410]
Meski tapak tangan merah melecet
Meski kulit tersiat kerana mencuba
menggenggam erat tali
Meski sebegitu rupa kesakitannya
Jangan biarkan aku jatuh ke gaung
Jangan diputuskan tali membuatkan
aku jatuh ke gaung
Meski ketika kelihatan daya telah tiada
Jangan dibiarkan aku terlena
24.2.22
[409]
Tired being myself.
Penat masih di takuk lama.
Penat masih tidak berganjak.
Penat kerana usahanya masih tak ada.
Masih cepat penat.
Masih tak ada semangat.
Penat ulang benda sama,
dan masih menjadi yang sama.
Penat cuba bangun - berjaya sekejap,
dan jatuh semula.
22.1.22
[408]
Mungkin, aku yang belum bersedia.
Atau sebenarnya, aku yang tidak mahu?
Sebab itu aku tidak meminta.
Sebab itu aku tak pernah bersungguh.
Subscribe to:
Posts (Atom)