Untuk perasaan yang dipejamkan mata dan didiamkan bicara.
18.1.11
membina tembok. berlapis lapis susunan batu nya. biar tebal. tak mampu diceroboh. tak mampu diroboh. di dalam nya satu lubang. yang kecil. muat cuma untuk aku. serta segala perasaan yang aku punya.
sengaja.
menjadi yang terasing.
dan hanyut. bersama masa. bersama mimpi.
tanpa siapa siapa yang aku kenal.
tanpa siapa siapa yang kenal aku.
dalam erti kata 'kenal' yang sebenarnya.
dan ini tembok nya.
16.1.11
ke mana menghilang?
penat ditutup rapat diletak pada yang paling dalam.
tak diambil dek orang tak tercicir ke manamana nantinya.
tapi sekarang, mana sudah pergi?
segala rindu. segala rasa yang dahulu sangat ditunggu. segala tentang si orang yang dirindu.
segala tentang rasa rindu pada si orang yang bukan siapasiapa pun.
------
mungkin. sudah cukup. sampai takat ini saja. dan. dia hilang. terus. tak munculmuncul. membuatkan aku.
berhenti mencari rindu.
13.1.11
melihat gelas separuh penuh, yang kosong itu mungkin kita perlu. mencari syukur dalam tiap tiap dugaan Tuhan, sukarnya namun aku belajar - wani ardy
benar. sangat benar. selalu setuju dengan apa yang dia kata kan.
sepanjang dijejak kan kaki ke bumi pinjaman Allah ini, kita belajar. baik buruk-susah senang-gembira sedih. kita belajar. untuk menjadi yang lebih baik. untuk paham apa perlu nafas ini ada. belajar dari dahulu nya kita.
sebenarnya nak cakap ini je. serius aku rindu dah kat dia. wani ardy.
dah terindu nak buat macam mana kan.*senyum*
verily after each difficulty, there's a relief - hlovate
hantu punya hlovate.
okey, bukan. bukan aku kata hlovate ni tak baik-jahat-hantu.
mana nak cari penulis yang macam beliau ini?
mana nak cari orang yang dah buat aku baca novel yang sama berturut turut 4 kalidalam masa 5 hari?
mana dia? meh, aku nak jumpa.
Tuhan, darat kan dia dihadapan aku. aku mahu ucap satu sahaja. cuma satu.
terima kasih.
ubah aku jadi yang lebih baik. aku cuba.
dan aku jumpa dengan seorang lagi hamba Allah yang aku rasa beliau... berjaya lembutkan hati aku? boleh lah kata macam tu. dalam novel hlovate, 5 Tahun 5 Bulan. ya, novel yang aku baca 4 kali berturut turut dalam masa 5 hari tu lah. yang aku boleh gelak terguling guling lagi walau dah baca 4 kali berturut turut. macam mana aku tak kata hantu.
ouh hamba Allah yang seorang tu, Dawud Wharnsby Ali.
dengar sekali terus jatuh suka. siap download 39 lagu dia lagi. tapi betul lah aku cakap. lagu dia menenangkan.
nah sikit.
ouh hlovate ni inche ke cik? mungkin patut biarlah rahsia. baru betul hantu. eh?
*senyum*
sesungguhnya manusia itu bagaikan serigala. sekali kau suapkan jiwa engkau, sampai bila bila mahu selama lamanya - fynnjamal
kalau hidup hanya untuk puaskan hati yang lain, memang gaya nya macam nafas dah tersekat kat kerongkong.
di sekeliling ini, mustahil tiada yang tak pernah nak puas dengan apa yang kita lakukan.
sukar. kita bukan nya sempurna untuk bikin semua di sekeliling puas dengan kita.