14.2.14

[232]

hidup. memang ada masa payah.
tapi Allah dah janji. tiap tiap kesulitan ada kemudahan.

percaya pada janji Dia.

Allah yang bagi payah tu.
Allah juga lah yang bagi mudah.

berbalik pada Dia.


tapi kadang, hati degil juga. duk soal,
"apa aku buat semua masih belum cukup?" 
hati akan jawab sendiri,
"tak." 

nak dibandingkan dengan nikmat Nya, tak cukup.
macam mana kita rasa banyak dah benda baik kita buat, belum cukup.

nikmat Dia tak terhitung.
sebab tu kita tak selalu perasan nikmat Allah.
sebab tak terkira banyaknya.

kalah jumlah banyaknya payah.

pandang belakang, lihat.
berapa banyak dah halangan mampu kita hadap?
kita seorang seorang ka?

tak. Allah ada sama.



percaya pada Allah.
percaya pada janji Dia.
berbalik pada Dia.
semak diri semak hati.


bersama izin Dia, kita mampu lagi kali ini :)



Wahai Tuhan kami! 
Berikan lah rahmat kepada kami dari sisi Mu 
dan sempurnakanlah bagi kami 
petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini. 
[al-Kahfi: 10]

1.1.14

[231]

entri pertama tahun baru. ceh.
sebenarnya nak mengcukupkan 45 entri untuk 2013, tapi tak tersempat.


cuma empat puluh empat entri untuk dua ribu tiga belas.
dan ya, aku semakin jauh ke belakang dari hari ke hari.
seperti semakin hilangnya memori memori dalam kepala aku,
seperti itu lah juga kurangnya perkataan perkataan untuk aku menulis.


dan ya, aku semakin jauh ke belakang.





bagaimana aku tega bermimpi, 
jika malam belum pun mampu aku hampiri?

26.12.13

dan gugur lah segala nombor

nombor nombor juga tidak mampu menghitung.
kerana kali ini, aku jatuh bersungguh.




I feel You close to me. 
Just gimme a chance, 
cause I don't wanna slip away.

23.12.13

[230]

betapa, perang jiwa itu.
benar benar halimunan.

tak mampu nak menyangka banyak.

satu saat, kita rasa kita menang.
saat kemudiannya, baru kita tahu,
rupanya kita dah kalah teruk tertusuk panah.

melarat hingga ke saat yang lama.


jadi lebih tragis.
bila kita turut hilang harap.
pada Tuhan tambahnya.

bukan.
bukan hilang harap.
cuma hilang yakin.

masih berharap pada Tuhan.
sebab kita memang dah tak ada siapa boleh bantu.


kita harap. sungguh sungguh harap.
Tuhan bantu bangunkan kembali.
seperti berapa banyak kali entah dahulu.
masih harap. Tuhan pandang usaha yang lepas lepas.
untuk kali ini, biar bagi kita menang.


cuma kita. hilang yakin.
pada diri sendiri.
jadi takut untuk bangun.
sebab takut jatuh balik.

dan kalah lagi.





betapa, perang jiwa itu.
benar benar halimunan.

22.12.13

[229]

ramai mereka yang masih
terkesan dengan memori semalam.

sama ada yang bikin hati robek
atau yang bikin senyum sampai tidur.


dan aku di sini.
bergelumang sendiri
cuba paksa mengingati
segala memori memori.



apa mungkin, aku sudah perlu khuatir dengan daya ingatan aku?