24.4.15

[256]

dalam dunia ni,
bukan semua orang suka kita.
dan bukan semua orang juga yang tak suka kita.

lebihnya kita pada orang yang ini,
mungkin itu lah kurangnya kita pada orang yang itu.

dan ya, kita tak mampu nak puaskan hati orang orang keliling kita.


tapi, jangan disebabkan kita pegang pada 'kita-tak-mampu-puaskan-hati-orang',
kita langsung tak nak usaha, tak nak cuba buat kan dia, si orang itu rasa suka pada kita.

benda yang kita kena buat, kita patut buat. hasil lepas tu, terpulanglah.
kalau dia tetap tak nak suka dekat kita, walaupun kita dah buat macam macam, biar lah.
asalkan 'buat-macam-macam' tu tak mendatangkan mudarat, jadi biar lah.



macam mana kita nak orang hormat hak kita,
macam tu jugak lah kita kena hormat hak orang.

biar lah.
jangan ambil hati sangat :]

14.4.15

[255]

bila dalam pembelajaran, atau nak dekat dekat exam, kita akan doa sungguh sungguh. 
kita doa, agar kita mudah paham pembelajaran. atau agar kita cemerlang dalam exam.

doa sudah. 
usaha sudah. 
tawakal pun sudah. 

tapi masih, apa yang kita harapkan, yang kita doa kan. 
-- tak dapat.

bila belajar rasa payah sangat nak masuk. 
padahal alhamdulillah, hubungan dengan Allah kita jaga elok elok dah. 

sebabnya?

satu, yang memang kita jarang nak perasan,
kita ni lalai dalam laksanakan tanggungjawab kita.
lalai dalam menjaga hubungan kita dengan manusia.

jadi anak, kita rasa kita dah cukup patuh dah dengan mak ayah. selalu saja call mereka tanya kabar. tapi hati sendiri masa tu mungkin tak cukup ikhlas. masa mak call tu, mungkin rasa macam alahai malasnya lah nak angkat.

sebab tu,
bila kita tak dapat benda yang kita nak,
bukan semata kerana benda tu tak baik untuk kita
atau benda tu bukannya yang kita perlu.
tapi sebab, kita ada terlalai sikit.

sebab tu, kita kena selalu semak diri semak hati.
tanya sendiri,

"hari ni, apa khabar iman aku?"
"hari ni, aku ada benci orang tak?"
"hari ni, aku ada termasam muka ke kat siapa siapa?"


ya, manusia bukannya sempurna.
dan kita adalah manusia.

sebab tu kita kena selalu minta maaf,
sebab tu kita kena selalu muhasabah diri.



perkara ni sama saja untuk semua keadaan sebenarnya. contoh, dalam isu jodoh. selalu rasa kenapalah jodoh aku lambat? kenapalah aku dapat orang yang tak memuaskan hati? semak balik diri kita yang dulu dulu. mungkin kita ada terbuat dosa dekat parents terutama, mungkin kita ada tersakit kan hati orang sangat sangat. atau mungkin kita sendiri banyak mengelatnya dalam menjaga hubungan dengan Allah. 


masa lalu memang tak boleh ubah dah.
tapi untuk masa akan datang, kita masih punya peluang nak rangka baik baik.

8.4.15

[254]

menjadi manusia seperti aku,
yang rasa kasihnya melimpah ruah,
-- payah.

payah untuk melepas rasa.
payah bila punya teman yang berbuat aniaya,
dan mahu membuang rasa kasih pada dia itu.

cakap orang, baiklah kiranya kita memaafkan.
jika mahu hati tenang, maka maafkan lah.


memaafkan datang bersama memori.

ini payah yang kedua.

bagaimana mampu untuk melupakan pada memori bersama si orang itu?
baik memori yang mengundang tawa,
dan memori yang memendam duka.

kerna sampai ke hari ini, walau pun sudah bertahun,
tetap aku tak punya daya untuk melupakan.

lalu, aku menjadi sangsi sendiri,
apa benar aku sudah betul betul memaafkan?





untuk yang melukakan, terima kasih. 
untuk yang dilukai, maaf.



15.2.15

[253]

manja dan mengada-ngada, pengamatan aku, benda dua ni berbeza. contoh, mengada-ngada macam anak buah aku yang suka buat muka mengada-ngada, kejap nak minta dukung kejap tak nak haha. manja, contoh bila mak ayah duk manja kan lah anak dia tu sampai anak dia tak pandai buat satu apa kerja pun sendiri walau umur dah layak amik lesen motor.

benda manja ni benda paling serius. sebab kalau benda mengada-ngada ni, macam contoh tadi aku bagi, kalau kita tak layankan, dia pun tahu penat. aku selalu buat kat anak buah aku hahaha. jadi tak berapa nak serius sangat berbanding manja tu.

dan bagi pengamatan aku lagi, benda manja ni boleh dikurangkan bila adanya keadaan yang memaksa. anak yang manja tadi mungkin boleh dikurangkan kemanjaan dia tu, bila mak ayah sendiri yang paksa diri mereka untuk paksa anak diaorang masuk sekolah asrama penuh. mungkin. tapi key point nya adalah paksa.

------------

hati aku manja. 
dan ada sedikit ego.

maka Ya Allah, 
Kau paksa lah aku. 
pasak kan aku pada keadaan yang memaksa.

memaksa hati aku untuk sentiasa ingat Kau. 
memaksa jiwa aku untuk tambah cinta pada Kau.  

kerana sungguh, aku dah tak tahan dengan hati aku yang manja ini.




keikhlasan wujud daripada keterpaksaan. - unknown

12.2.15

[252]

apabila kau rasa sedih dan kau tak boleh nak luahkan... benda tu akan jadi satu perkara yang kau akan ingat sampai bila bila. apabila perkara tu terkumpul dengan perkara perkara sedih yang lain.. kau tau tak, sakit? dan masa tu, kau menangis macam mana pun, rasa sakit tu takkan kurang.  - Lisa, Tentang... Dhiya.


masa lalu tak pernah hilang. 
dia ada tiap masa, walau pun kita tak sedar. 
walau pun kita lupa kan macam mana, dia ada. 
ekori kita walau ke mana pun. 

terutama masa lalu yang sedih. 
terutama masa lalu yang tak diluahkan. 

tahu bila dia muncul balik? 
bila kita tengah sedih dengan keadaan kita yang sekarang. 

masa ni, semua rasa yang lepas lepas. 
semua memori yang kita yakin dah hilang. 
akan bermain di depan kita, satu satu. 

dan kita sakit. 
kita rasa menyampah. 
kita rasa marah. 

marah sebab kita tengah sedih, 
tapi dia pun sibuk nak muncul jugak. 


dan masa ni, kita menangis macam mana pun, 
semua rasa tu tak nak lepaskan kita.