7.12.15

[268]

Aku yang selalu pura pura cool.
Aku yang tak pernah nak kisah tanpa ada sesiapa di sisi.
Aku yang tak pernah suka hal remeh temeh.
Aku yang punya kepakaran membuang segala masalah.

Semua semua itu, tidak lagi ada pada aku.
tidak ada selepas kau muncul.

4.12.15

[267]

bila dah jumpa orang yang boleh terima busuk kita, kita kena simpan dia.
sebab tak ramai yang sanggup tahan dan entah bila kita akan jumpa lagi.

tapi, tak kan nak pentingkan diri?
simpan dia dan biarkan kita dengan busuk kita, sampai bila dia mampu tahan?
dan sampai bila kita nak terus jadi busuk?

hari ke hari, kalau kita asyik jadi sampah, orang pun menyampah. 

hari ke hari, kita patut ubah lah.
bukan ubah terus jadi yang lain.
cukup ubah untuk jadi yang lebih baik.

bila kita wangi, ramai orang sayang.
tapi kita tetap sayang lebih dekat yang pertama,
yang tahan dengan busuk kita tu :)

13.11.15

[266]

manusia matang bukan semata kerana meningkat nya umur.
manusia matang dengan fikiran. dengan perwatakan.

manusia matang, bila belajar daripada kejadian yang telah terjadi,
pada dirinya atau pada sekeliling nya.

dua puluh dua hari ini.
tidak banyak yang aku minta.
selain syukur masih diberi peluang oleh Tuhan,
aku mohon, moga aku menjadi pelajar yang benar benar belajar
daripada tiap kejadian yang telah terjadi.
aku juga mohon, moga aku diberi lebih sabar dalam setiap hal.

mohon agar Tuhan terus sudi menunjuk jalan
dan aku sendiri tidak berhidung tinggi.


tiap yang jadi ada hikmahnya. 
dan pengertian yang sebenar adalah, 
bagaimana kita belajar daripada hikmah tersebut.

10.9.15

[265]

Terbang, terbang tinggi walau tanah di kaki, kan ku cari langit.
Terbang, terbang tinggi awan, pilu menanti bersama pelangi.
- Yuna, Langit.

--
terbang memang seronok.
berada terapung di awangan, terasa semua milik kita.

tapi bila lama tidak menjejak tanah,
bila lama terapung tanpa tujuan,
mana kan tidak hati menjadi gusar?

kerana, tiba tiba sudah rasa tidak pasti.
untuk terus terbang dengan rasa seronok
atau kembali ke tanah yang dirindu.
--

Boleh terbang, tapi tiap-tiap terbang mesti pulang.
- Wani Ardy, Langit Vanilla.

26.7.15

[264]

sesak. 
lelah. 
kaku.

bagaimana aku boleh ada di sini?

di sini yang kaki aku tenggelam sempurna.
diselimuti pasir pantai --ketat.
di sini yang aku nampak segala.
tapi tak bisa sentuh --penat.

aku terjerat lagi.
aku jauh kembali.

dari semua yang aku hendakkan. 
--langit jingga.
--matahari lawa.
--laut membiru.

aku mahu punya semua.
tapi aku, tak mampu.

--langit gelap. 
--matahari tiada. 
--laut senyap.

dan aku, baru mampu bebas?
setelah apa yang aku hendakkan pergi semuanya,
baru aku mampu lepas?

untuk apa?

--------
yang kita hendakkan bukan semestinya yang kita perlu. 
jangan tamak bilamana Dia lebih tahu perlu kita daripada mahu kita. 

itu pasir pantai seluas itu, kenapa tidak terperasankan?