21.4.16

[273]

How could you be so heartless? 
How could you be so Dr. Evil? 
You're bringing out a side of me that I don't know 
- The Fray, Heartless





kotak itu, aku beri
untuk kau jaga elok

aku izinkan, untuk kau buka
dan selongkar segala isi dalam nya

kau selongkar selongkar
kau cari cari

dan akhirnya kau jumpa
satu figura yang aku tak tahu kewujudannya

figura kau ambil
kotak kau pulangkan




cuba beritahu
bagaimana mampu aku berjalan
dengan dada berlubang?

19.4.16

[272]

Letih lah. Letih dengan diri sendiri


dari dulu sampai sekarang, ini ungkapan aku. aku tak reti untuk hidup tanpa kata orang sekeliling. orang yang dekat dengan aku. orang yang aku sayang. segala apa yang orang itu katakan, terbias ke dalam hati. 

kata kata yang macam, 

"Ish menyampah lah dia ni"
"Serius sikit boleh tak? tahu tak orang tak suka?"
"Tolong lah jangan jadi annoying sangat"

bukan seorang dua. bukan sekali. 
tapi itulah yang orang orang duk ulang ke aku. 

kita tahu, bila orang tu cakap kat kita, memang untuk kebaikkan kita. takda nya orang saja saja cakap. tambah lagi orang yang dekat dengan kita. sebab dia sayang kita. dia nak kita ubah diri, jadi yang lebih baik. bukan untuk capai kesempurnaan pun, cukup untuk jadi lebih baik. 


dan ini lah sebab kenapa aku letih dengan diri sendiri. sebab tak reti nak berubah. duk itu itu juga. macam mana penat nya orang tu pesan, cakap kat kita, macam tu juga lah penat nya otak ni duk memikir, hati ni duk memperingat. 


Allahu. 

tambah letih sebab tahu benda tu tak betul. benda tu salah. tapi masih buat juga. benda yang sama. ulang kali. 


contoh sekarang ni, aku tengah baca Infiru. baru nak masuk bab 20. yang aku jumpa, yang aku hadam masuk dalam diri, tentang perkara yang sama juga lah. perkara yang kita dah belajar dah. kita memang dah tahu dah. benda benda sekian sekian ni Allah tak suka. tapi kita duk buat benda sama tu juga lah.

dan yang paling aku hadam dalam banyak banyak perkataan, 

'letih'.


kita banyak beralasan. 

letih lah. aku dah try dah buat benda yang Allah suka, tapi tak nampak pun perubahan dalam diri aku. masih sama juga tak rasa pun Allah pandang aku. 

letih lah. aku dah belajar sungguh dah tapi result tang tu juga baik aku tak payah belajar langsung. 

letih lah. aku solat awal waktu dah, aku doa sungguh dah biar Allah bagi sabar tu lebih kat aku, tapi aku tetap baran juga. 

bila benda yang kita nak tapi kita tak dapat sedangkan kita dah usaha sungguh, kita mula lah beralasan dengan kata letih ni.



bagi aku, mungkin, sebab kita ni, jenis nak result tu muncul cepat depan mata. kita tak lihat usaha yang kita duk buat tu, cara kita untuk jadi lebih baik tu sebagai ganjaran untuk kita. kita duk pikir end result sedang kan yang paling penting adalah bagaimana kita nak sampai kepada end result tu. 

see? aku tahu pun apa yang patut aku buat sebenarnya. tapi aku memilih untuk beralasan. beralasan untuk tidak buat benda yang aku patut buat. tidak buat dengan alasan letih. 





biar letih macam mana pun, aku doa kan hati aku ni tahu bangun balik dan mula semula. biar lah letih macam mana sekali pun. 

9.3.16

[271]

cerita aku cerita bosan.
dari awal hingga ke tengah cerita,
mendatar.

tiada intonasi.
tiada emosi.
tiada kata menusuk hati.

cerita yang aku reka, tiada penghabisan.
tak pernah aku letak kan kata muktamad.

aku tinggalkan dengan persoalan.
ya. diri aku sendiri yang selalu persoalkan.



cerita yang aku karang, tak pernah habis.
sebab aku malas nak pikir pengakhiran nya.
sebab aku sendiri tak pernah sampai ke pengakhiran nya.

sebab sebenarnya, cerita cerita semua itu adalah sebuah harapan.


harapan.

harapan yang bagaimana akhirnya nanti,
aku tak pasti.


kerana aku, belum pun pernah sampai ke pengakhiran.

23.2.16

[270]

tika ini, apa yang aku paling mohon,
biarlah akal aku lebih mendahului daripada mulut aku.


semoga aku reti diam sebentar. heh.

3.2.16

[269]

Januari lepas, blog ni genap 5 tahun.

Selama 5 tahun, aku tak pernah bercerita di blog seperti cerita sebuah diari. Kalau cerita pasal diri sendiri aku suka guna ganti nama diri ketiga. atau aku tulis dalam bentuk puisi. Sebabnya tak nak orang tahu yang sebenarnya, itu adalah tentang aku. Sebabnya, bila aku baca semula, boleh timbul satu rasa di hati yang aku kena awas diri dan buat sesuatu.

sejak 5 tahun dulu, aku sibuk kisah kan nak mencari diri sendiri. Nak kenal aku ini siapa, bagaimana sebenarnya. sejak 5 tahun dulu, aku cuba faham, apa arah tuju aku. Ke mana langkah kaki aku. Tapi sampai ke hari ini, aku tak ada jawapan. sejak 5 tahun dulu, aku buat keputusan untuk cari Tuhan. Dekat dengan Dia.


Aku berubah? Iya.
Jadi lebih baik? Entah.


Tahun ini, umur aku dah nak masuk 23.
Dan aku mula rindu banyak perkara tentang aku yang dahulu.

yang tak pernah peduli apa kata orang.
yang tak mudah terasa hati.
yang tak mudah goyah dengan masalah. 
yang tidak menunjukkan emosi.

semua semua itu, tiada lagi pada aku.
dan aku mulai rindu.
rindu menjadi yang dahulu.



rindu untuk menulis kembali seperti dahulu.