18.8.17

[300]

buat baik.
buat baik.
buat baik.

untuk hati sendiri.
untuk akal sendiri.

walau tak mampu jadi baik, pura pura buat baik.
biar lama lama boleh jadi baik.

untuk diri sendiri.

4.8.17

[299]

[Sumber Gambar Google]
selain Fynn Jamal, Wani Ardy, Sue Anna Joe, Hidd Mihat dan banyak banyak lagi manusia dulu dulu, komik ini juga menjadi antara penyebab aku mula menulis di blog. sampai lah sekarang ni.

komik ini juga lah yang ajar aku erti jatuh cinta pandang pertama ketika aku baru form 2 (kut). sebab apa? sebab aku nampak aje komik ni dalam kedai news apa ntah tu, aku terus amik dan bayar RM7. padahal aku bukan budak yang suka baca komik selain daripada komik dalam Utopia, Ujang, Gila-gila dan komik cina bisu. senang cerita, komik ini adalah kekasih hati aku yang pertama sebab aku memang dah fall in love gila lah kat dia haa.

dan sebab kan dia, aku decide untuk jadikan diri aku seperti aku yang sekarang. nampak kasar tapi dalam hati tisu huhu. macam kaktus.

"Kaktus adalah sesuatu cecair yang lembai"

lebih kurang gini lah ayat dia dalam tu. sejak tu aku pilih cara untuk jadi macam kaktus. macam yang dia cakap ni. berapa ramai aje yang suka kaktus? yang rasa kaktus tu cantik? luar duri duri tajam. warna hijau tak lawa. tegak macam tu. bau pun takda. bosan. tak membangkit kan semangat.

tapi bagi aku. tak. aku suka kaktus. dengan duri dia tu dia nampak gah. nampak sangat menjaga diri. protect diri daripada dipegang orang sesuka hati.

dan sebenarnya, di sebalik duri duri tajam tu, dalam dia ada cecair yang lembai. yang bantu orang tengah tengah desert tu. dia, lembut. dia nampak sepi, tapi bahagia dengan diri yang macam tu. bahagia tanpa ada yang sudi menjaga. bahagia hidup tinggi sendiri tak berharap banyak pada orang.

sebab tu aku decide nak jadi macam kaktus.

pernah tengok kalau kaktus mati macam mana? dia lambat kering. lambat berbau. bentuk asal dia lambat hilang. walaupun dah tercabut dari tanah, bentuk asal dia masih ada.

aku harap aku macam tu. bila aku takda, walaupun aku ni bosan, tapi orang sekeliling yang rapat dengan aku, akan tetap ingat aku. kalau pun bukan sampai bila bila, biar lah aku masih diingat dan dikenang dan didoakan untuk masa yang panjang.

kalau orang tanya sila describe diri awak dengan satu perkataan, aku akan jawab kaktus.



p/s: buku My Way tu dah hilang sedih sangat. tahu tak kat mana aku boleh cari? tolong.
p/s lagi: kaktus aku dah setahun setengah yeay. tapi satu batang baru aje mati sedih lagi. tapi bentuk dia masih ada. 

[ni gambar masa umur 8 bulan. aku kenal kaktus ni aje hehe]


21.7.17

[298]

aku belajar.
untuk melupakan keperitan,
adalah dengan berhenti bercerita mengenainya.

19.7.17

[297]

Ramai orang, sukar memaafkan kerana sakit nya akibat sesuatu perbuatan itu masih terasa (mungkin).

Jarang orang, sukar meminta maaf.
Kerana mungkin, bagi mereka jika tiada ikhlas, jika tidak berniat untuk sungguh tidak mengulangi, jika tiada sebab untuk segera meminta maaf, maka mereka tidak akan meminta maaf. Mungkin.

Aku tak pasti apa sebab nya.
Tapi aku, walaupun hati kamu tiada ikhlas, walaupun hati kamu tidak berniat sungguh untuk tidak mengulangi, jika mulut kamu lancar menutur maaf seperti sememangnya itu hanyalah sekadar kata, aku tidak kisah.

Tutur saja lah maaf bila memang itu salah nya kamu. Bukannya aku boleh tahu hati kamu benar ikhlas atau pun tidak.

Aku tak mahu dengar banyak.
Cukup lah hanya kata maaf tanpa alasan.

Kerna itu sahaja sudah mampu bikin hati aku tenang tidak marah marah.

11.7.17

[296]



aku baru habis baca novel ni. ini novel ke enam Rin Ahmad. dan aku memang ada ke semua novel dia. jatuh cinta dengan penulisan Rin sejak novel pertama, Untuk Semua Dosaku.

Dua daripada enam novel Rin dah dijadikan drama, Bimbo dengan Arluna. Tapi macam biasa, aku lagi suka versi novel sebab bagi aku, drama tu, tak sampai maksudnya. aku tak tengok pun Arluna, sebab sejak aku tengok Bimbo, aku tak suka dengan cara pengolahan drama tu. ada sesuatu yang kurang.

tiga novel Rin sekarang memang dah jadi favourite aku sangat sangat. semua novel dia best sebab bagi pengajaran dan dalam setiap novel dia memang akan jumpa satu ilmu baru.

contoh, dalam Untuk Semua Dosaku. ada cerita pasal ideologi Hitler. ada cakap pasal betapa lari nya maksud bila kita baca "qul" sebagai "kul" dalam Surah Al-Ikhlas. Untuk Semua Dosaku memang paling banyak bagi pengajaran. betapa kental nya seorang Nur Lisa untuk membuang segala perkara tidak baik yang dia dah terbiasa buat dahulu, dan berubah untuk menjadi sesuatu yang lebih baik. Walaupun dia terpaksa tinggal kan orang yang paling dia sayang. Walaupun dia terpaksa lawan seorang diri, sebab orang lain sekeliling dia masih pandang diri dia yang lepas. dan bagaimana Syed Azri yang penuh ilmu di dada tapi tidak beramal. bagaimana Syed Azri jugak cuba menjadi yang terbaik.

Ah, Untuk Semua Dosaku memang novel yang menduduki rak paling atas dan carta tertinggi dalam hati aku.

dan kemudian, The Ex. The Ex adalah contoh yang paling kena dengan peribahasa "Jangan menilai buku dari kulitnya". The Ex menunjukkan betapa sangat perlu nya kita untuk memaksa diri. paksa diri buat benda baik dan tinggal kan sifat tak baik dulu dulu. dan apa definisi "baik" itu sendiri? The Ex cerita pasal berpura-pura itu perlu supaya lama lama benda yang kita pura-pura kan itu jadi sebati dalam diri. dan bila The Ex (masa lalu) tu datang menggangu kita balik, betapa susah nya nak lawan.

cukup kuat tak untuk lawan?

aku tak kenal siapa Rin Ahmad. tapi satu yang aku tahu, Rin, melalui penulisan nya, benar benar dah menyentuh hati dan pemikiran aku. moga Rin Ahmad sentiasa dalam perlindungan dan dirahmati Yang Maha Kuasa.