[68]

alhamdulillah! :)

dua minggu dah aku hidup kat uitm sri is. cehhh sri is. nama manja tu [HAHA]. dan setakat dua minggu ni, aku masih menjadi orang lah, belum jadi zombie lagi [HAHA]. ok ok. cukup lah gelak besar tu. dekat tempat baru aku tu, kira okey lah. dari bilik nak pergi kelas pun tak lah jauh. jalan kaki dapat lah sampai 15 minit. naik basikal dapat lah sampai 20 minit. sebab kena ikut jalan jauh sikit. tapi sebenar nya, aku tak test pun lagi naik basikal. aku main agak je ni. kihkihkih.

aku masih menjadi aku yang dahulu. yang gemar kan benda benda pelik bak kata roomates aku. ada ke suka puisi kata benda pelik. ok lah pelik bagi mereka. sebab mereka tiga semua suka k-pop. ok benda suka k-pop ni memang tak pelik. tapi dorang best lah. kira sanggup layan aku yang pelik ni dan selalu tidak munasabah. macam okay lah. alah baru dua minggu pun. belum kenal betul lagi masing masing. cuba yang terbaik lah kan.

dan kat tempat baru tu juga, ajar aku dekat kan diri lagi pada dia. mungkin atas kesan seminggu MDS tu kut. entah aku tak tau. tapi kira aku bersyukur lah. kadang kadang memang kan, kat tempat baru, tempat asing, baru kita rasa nak dekat kan diri pada Nya. bila kat tempat sendiri rasa macam hidup tu lama je lagi. tapi ada orang sebalik nya pula. ha entah lah. cuma yang aku harap, benda ni berpanjangan lah dan berkekalan.



nak cakap apa lagi? ini je lah kut. dan aku bukan nya lah orang yang pandai nak bercerita benda yang jadi sehari harian. jadi, semoga selamat semuanya buat engkau engkau sekalian :)

Comments

Popular posts from this blog

[170]

belon terbang